BERITA+ HTHT LOVEHUNTERS: Pernah digelar "Bad Boys" kerana enggan potong rambut panjang, kini Lovehunters kembali dengan konsert gabung rock dan orkestra temali
Hampir empat dekad di persada muzik, trio tempatan Lovehunters telah melahirkan sembilan album Melayu dengan lebih 90 lagu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir empat dekad di persada muzik, trio tempatan Lovehunters telah melahirkan sembilan album Melayu dengan lebih 90 lagu.
Ini, selain sebuah album Inggeris yang pernah dinobatkan Album Terbaik tanah air oleh stesen 987 pada era 1990-an.
Sabtu hadapan (13 September), Yazid, Sahar dan Din akan “naik panggung” di Teater Mediacorp untuk menjayakan konsert berjudul 'Renaissance'.
Kali terakhir mereka menggegarkan pentas persembahan adalah pada 2011 di Esplanade, di mana semua tiket habis terjual, dengan ratusan lagi peminat menunggu di luar dewan konsert. Ternyata dalam konsert terakhir itu, antara kepelikan yang dilakukan dua daripada trio Lovehunters adalah untuk berlengeng di atas pentas!
Persoalannya – apakah sejarah kejayaan besar itu akan berulang dalam konsert Sabtu akan datang? Apakah kejutan yang menanti peminat kali ini?
HAMPIR 40 TAHUN DALAM PERSADA SENI - APA PENCAPAIAN TERBESAR?

SAHARUDDIN JALIL, Pemain Dram Lovehunters: "Pada saya, pencapaian terbesar Lovehunters adalah apabila kita muncul di TV - rancangan 'Countdown' Tahun Baru dan Mediacorp disiarkan secara langsung di Jepun."
YAZID ABU BAKAR, Vokalis dan Pemain Gitar Bes Lovehunters: "Untuk saya pula yang paling membanggakan sekali adalah apabila dapat anugerah Inggeris, apa itu?"
SAHAR: Anugerah Muzik Perfect 10! Untuk album Inggeris. Satu-satunya album Inggeris kami."
YAZID: "Apabila kita tiga orang anak Melayu ini sahaja yang keluar pentas itu - untuk anugerah Album Terbaik. Dalam lebih 40,000 orang terpekik!"
SAHAR: "Kami ada sembilan album Melayu, satu album Inggeris. Dan album Inggeris ini kita dapat anugerah Album Tempatan Terbaik, Lagu-lagu Tempatan Terbaik. Apa yang terjadi dengan sembilan album Melayu kita? Tak bagus ke?"
PENGALAMAN YAZID SERTAI GEGAR VAGANZA-11?

YAZID: "Memang penat macam nak pengsan masuk GV! Hari Jumaat, sebelum pukul 12 nak kena sampai ke Shah Alam. Selepas itu kita berlatih sampai pukul 2 pagi. Kita balik hotel pukul 4 pagi. Esoknya pun sama sampai tiga hari. Itu yang penat dia! Pada hari Minggu, daripada pagi sampai malam lagi. Jadi, memang penat!
"Penerbit cakap, nyanyi 'Sambutlah Kasih'. Yang paling seronok malam itu, saya nyanyi kuat macam mana pun, saya tidak dengar suara saya sendiri sedang menyanyi. Betul! Pasal semua orang sudah terpekik menyanyi sama! Sejak itu, sudah sampai ke kastam pula, orang tengah cop-cop pasport, dia keluar petik gambar pula! Dah ada kereta di belakang bunyikan hon! Saya diam sahaja."
"Terharulah. Apabila saya tersingkir dari GV, ramai orang menangis. Itu yang saya sampai tertanya, 'Apasal korang nangis?' 'Mustahil abang keluar!' Itu yang paling seronoklah."
PEMINAT LOVEHUNTERS DI MALAYSIA DAN INDONESIA
SAHAR: "Sebenarnya saya terperanjatlah apabila dalam media sosial, pengikut dari Malaysia ramai rupanya sedangkan kita tidak pernah main di sana. Pernahlah dahulu tetapi kecil-kecil di 'funfair'. Sampai ada kumpulan motor yang namakan diri mereka Lovehunters Kroni, nak dekat 500 penunggang. Dan kita tak pernah main sana dalam sebuah konsert, tak pernah. Indonesia - yang pelik itu ada, pengguna Tiktok Indonesia yang menyanyikan lagu Sambutlah Kasih, ada kumpulan 'rock metal' Indonesia nyanyi lagu Sambutlah Kasih. Di Indonesia, di lorong-lorongnya ada budak-budak tahu nyanyi lagu 'Sambutlah Kasih'! Sampai Korea! Korea punya pempengaruh TikTok pun ada yang nyanyikan lagu 'Sambutlah Kasih'. Lepas itu satu versi nyanyi dalam bahasa Korea! Sedap pula!"
BERKERAS TETAPKAN IMEJ RAMBUT PANJANG 'ROCKERS'
SAHAR: "Pasal rambut inilah kita digelarkan sebagai Bad Boys. Kalau di Amerika, kira Guns N' Roses, Singapura kira kita. Persada seni muzik Singapura yang gelar kita 'Bad Boys'. Dalam erti kata sebagai pengaruh."
YAZID: "Kata orang itu kalau main muzik rock mesti berambut panjang. Bayangkan orang nyanyi lagu pop pakai baju macam nak pergi umrah? Rock kalau rambut pendekkan macam kartun?"
SAHAR: "Waktu itu rancangan hiburan Inggeris, 'Rollin' Good Times'. Sudah nak rekod, habis pengurus pentas tanya "Perlukah kami ikat rambut?” Saya rasa penerbit ini 'orang baru'. Dia naik atas, cari peraturan hal ini. Keputusan mereka, 'Kami tidak perlu ikat rambut.' Sebabnya, dia bacakan “Seorang artis muncul di hadapan TV perlu sesuai dengan rancangan.” Jadi kita pegang kata-kata itu, jadi kita rekodlah."
"Kemudian kami diundang untuk rakaman rancangan hiburan Melayu pada keesokan harinya pula. Sudah nak rekod, sekali pengurus pentas beritahu 'kami semua kena ikat rambut.' Sewaktu saya tengah berbual dengan pengurus pentas ini, mereka berdua sudah angkat kaki, jalan! Tinggalkan saya, yang nak kena terangkan! Pada keesokan harinya, akhbar New Paper keluarkan laporan itu satu muka surat penuh!"
SAHAR: "Malam itu kami kerja malam. Semua pemuzik datang, salam tangan kami dan ucap 'Tahniah anda memang 'Bad Boys'!”
BAGAIMANA MUZIK LOVEHUNTERS MEMBENTUK IDENTITI ROCK DAN MUZIK SG, DAN PATUT DIRAIKAN PADA 13 SEPTEMBER?
SAHAR: "Lagu-lagu Lovehunters banyak unsur-unsur kehidupan, macam lagu Berpindah Minda macam lagu Sehari Dalam Hidup, lagu Melayu - 'Mengapa Melayu merayu? Mengapa Melayu terpaku dan hanya meminta dibantu, semat di hati semangat berdikari'.”
SAHAR: "Lagu percintaan kami mudah dan sedap didengar, melodinya kuat. Saya rasa lebih daripada 10 pasangan datang kepada kami berkata terima kasih kerana lagu kami, mereka bertemu isteri mereka. Lagu 'Sambutlah Kasih', 'Ku Ukir Namamu', 'Kutetap Menanti'. Kita pun tak nak terlalu ghairah nak main 'chords' rabak-rabak, kita tiga anggota sahaja. Yang mudah sahajalah. Penyampaian Yazid pun baik."
ALBUM 'RENAISSANCE' LOVEHUNTERS - DIN 'MOMOTARO' PEMAIN GITAR UTAMA

SALAHUDDIN MOHAMAD, Pemain Gitar Utama Lovehunters: "Membuat album 'Renaissance', paling bangga sekali dapat sertai mereka. Dan saya paling mudakan."
SAHAR: "Lagu 'Teman' itu saya secara jujur beri penghargaan kepada Din dalam permainan gitarnya. Orang panggil dia konon lah Din 'Malmsteen' lah konon. Lagu dia rock klasikal. Anda boleh nilaikan sendiri kemahirannya bermain gitar. Anda pasti akan tabik hormat padanya. Peminat Malaysia tabik padanya. Malah, di Malaysia ada peraduan di YouTube untuk mainkan bahagian gitar solo lagu 'Teman' tau!"
2005: DIN 'MOMOTARO' GANTIKAN MOLIANO SEJAK ALBUM 'RENNAISSANCE'. APA KEHANGATAN BAHARU YANG AKAN DIN PERSEMBAHKAN DALAM KONSERT 13 SEPTEMBER?
SAHAR: "Din punya penglibatan dalam konsert ini memang sesuai sangat sebab Din yang main dalam album terakhir. Nama konsert ini 'Renaissance', tapi kita main lagu daripada album pertama sampai album terakhir."
DIN: "Perasaan macam, macam apa tahu. Bangun tidur cari kopi kan, wah seronok kan? Macam itulah. Macam bila pergi pancing, jumpa siakap sebesar lengan, kan seronok?! Saya sangat-sangat berbesar hati."
YAZID: "Selalunya pemuzik tidak pandai berbual, mereka tahu buat persembahan sahaja. Waktu kita pergi Teater Mediacorp tempoh hari, muka Din berubah! Fikiran dia melayang!"
SAHAR: "Ramai yang datang mungkin hendak tengok Din beraksi."
DIN: "Bagi saya, ia adalah satu proses pembelajaran. Ia akan jadi yang terbaik saya boleh berikan. Masing-masing ada kelebihan sendiri."
SAHAR: "Kita beri Din jaminan yang dia tidak perlu bermain macam Malmsteen, cuma tunjukkan keupayaan sendiri!"
DIN: "Saya akan mainkan gitar solo sedikit dalam konsert nanti."
SAHAR: "Mungkin Din hendak pamerkan sisi lain kebolehannya. Tidak ramai pemuzik rock Melayu berambut panjang yang boleh bawa muzik klasik."
YAZID: "Din ini orangnya tidak pernah menunjuk-nunjuk. Tetapi tiba masanya, keupayaannya akan terserlah secara semulajadi. Apabila Din masuk Lovehunters, memang beza, bunyi Lovehunters, permainannya, lain. Benda itu bukan jadi Lovehunters era 80-an, ia jadi Lovehunters tahun 2000-an!"
KEISTIMEWAAN KONSERT 'RENAISSANCE' LOVEHUNTERS 13 SEPTEMBER?
SAHAR: "Walaupun kita sudah bermain selama 40 tahun, ini pertama kali kita main dengan pemuzik-pemuzik temali. Jadi banyak benda yang kita hendak kena belajar, hendak kena tahu.
"Pasal kita juga ada lagu yang kita ubah suai supaya gamelan boleh masuk dalam lagu itu. Kita beri platform kepada anak-anak muda kumpulan gamelan."
"Dan kita pun ada satu segmen 'genderang rancak'. Tidak pernah kita alami dan kita anggap sebagai cabaran. Sebab itu kami berlatih, maaf cakap, berlatih 'rabak-rabak'!"
TAPI MUZIK LOVEHUNTERS BERAKAR PADA ROCK. JADI BAGAIMANA SEIMBANGKAN INOVASI DENGAN IDENTITI?

SAHAR: "Judul 'Renaissance' itu ada kena mengena dengan lagu 'Berpindah-Minda'. 'Azam-Berazam' semua. Lagu 'Sambutlah Kasih' versi 'LIVE' orkestra lagi sedap, dan anda akan dapat tengok depan mata! Bunyi gesekan instrumen temali itu yang mahal! Kita eksperimen lagu rock, kita gabungkan dengan rap. Tidak pernah dilakukan di kawasan Asia Tenggara sini. Kita ambil budak muda sangat, kita beri dia peluang, beri dia pentas besar untuk dia rap."
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.