BERITA+ HTHT LIZA AZIZ: Mengimbas nikmat & pengajaran juarai GV11
Debaran kian terasa dengan kemuncak Gegar Vaganza musim ke-12 bakal berlangsung pada Ahad (18 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Debaran kian terasa dengan kemuncak Gegar Vaganza musim ke-12 bakal berlangsung pada Ahad (18 Jan).
Satu-satunya peserta Singapura, Iskandar Ismail atau Eiss antara enam peserta yang akan menggegarkan pentas.
Mampukah beliau mengikut jejak langkah juara GV11, Liza Aziz yang mengungguli pertandingan itu tahun lalu?
Apakah rahsia kehebatannya dan sejauh manakah pengaruh ibu bapa Liza Aziz yang juga legenda seni, terhadap dirinya?
Dalam BERITA+ HTHT kali ini, wartawan Roslinda Rahmat menyusuri perjalanan Liza Aziz, sepanjang menjadi penyanyi dan bagaimana gelaran 'Juara GV11' telah memberikan kesan kepada kehidupannya.

DILAHIRKAN DALAM LEGASI SENI - ERTI MEMBESAR DI BAWAH PENGARUH 2 LEGENDA
LIZA AZIZ: "Saya banggalah menjadi anak Seniman Aziz Jaafar dan Seniwati Normadiah. Pengaruhnya sangat besarlah. Sebab apa, kita jadikan arwah mak dan arwah abah sebagai idola kita. Dan apabila kita menyambung legasi mereka, kita mesti kena buat betul-betul. Jadi pengaruhnya banyak."
Almarhum Aziz Jaafar dan Almarhumah Normadiah adalah nama yang tidak mungkin dilupakan dalam sejarah seni pertunjukan, terutamanya dalam bidang lakonan.
Almarhum Aziz Jaafar terkenal menerusi watak-wataknya dalam filem-filem seperti Sumber ilhamku (1979), Penentuan (1982) dan Wira Angkasa (1987).
Almarhumah Norma Abdullah yang lebih dikenali sebagai Normadiah pula antara pelakon utama dalam filem-filem seperti Bujang Lapok, Sumpah Semerah Padi dan Gila-Gila.
ANAK NORMADIAH & AZIZ JAAFAR… KENAPA TAK IKUT JADI PELAKON?
LIZA AZIZ: "Bahagian lakonan, tak sebab saya suka menyanyi daripada berlakon sebab nak jadi pelakon ini susah sebab mereka ini sangat besar dalam dunia seni. Jadi nak sambung jadi seorang pelakon ini mesti kata orang mesti menjiwai. Saya ini pemalu, jadi saya rasa macam tak sesuai nak jadi pelakon. Jadi saya beralih kepada menyanyi. Tapi nyanyi pun mesti nak kena betul. Sebab kalau kita nyanyi tak betul. Memalukan mak bapa sahaja kan?"
DIANGGAP PENYAMBUNG LEGASI SENI IBU BAPA: BEBAN ATAU PENGHORMATAN?
LIZA AZIZ: "Dua-dua sekali. Beban dan Penghormatan. Bebannya itu - kesinambungan Normadiah-Aziz Jaafar kan? Jadi kena buat elok-elok. Kena jaga reputasi. Penghormatan itu - tak boleh macam nak main-main - ini anak Normadiah dengan Aziz Jaafar kan? Mesti 'terror' punya. Macam itulah! Sebab, kita tak nak nama memalukan mak bapak kita. Sebab, ramai orang cakap nak jadi penyanyi ini bukan senang tapi sebab dah ada mak bapak macam itu, maka kesinambungannya menjadi senang. Cuma, kita nak kena bawa diri kita untuk jadi penyanyi yang baik dan jadi contoh yang baik lah untuk penyanyi-penyanyi baharu."
KEHIDUPAN SEBELUM POPULARITI DI PENTAS
LIZA AZIZ: "Kenangan di Boon Teck Road - macam budak-budak yang membesar di sana - gembira pergi sekolah, balik sekolah. Lepas itu bermain-main. Bahagialah hidup bersama anak-anak artis yang lain. Apabila banjir di Boon Teck Road itu pula, apabila kita tidur pada waktu malam, tiba-tiba terasa macam kita sedang terapung. Lepas itu, pandang ke luar - alamak banjir! Yang seronoknya dapat jumpa artis-artis lama - Encik Sudin, Arwah Sudarmaji, Encik Salleh Kamil, Kuswadinata, Arwah Rahmah Rahmat, Pakcik Ahmad Daud dan Omar Suwita - ramai lah dekat situ. Masa itu kita tak tahu lah mereka itu ternama kan, masa itu kita budak-budak lagi, kan?"
BERPINDAH KE KUALA LUMPUR PADA 1974
LIZA AZIZ: "(Perbezaannya) terutama sekolah lah, pasal kita di Singapura ini semua Inggeris kan? Sejak mula sekolah sudah dalam bahasa Inggeris. Tapi kat sana semua bahasa Melayu. Jadi guru-guru suka sangat. Oh awak gunakan bahasa Inggeris yang amat baik. Yang seronoknya, sebab pelajaran kita lebih maju daripada di Malaysia, jadi bila ujian, apa yang saya sudah belajar di Menengah 1 itu tak payah belajarlah. Lulus, lulus, lulus sahaja!"
BUKAN SEKADAR PENYANYI TETAPI PENGHIBUR BERTARAF ANTARABANGSA
LIZA AZIZ: "Kita pun masuk dalam Normadiah Dancers masa itu kan? Dari situ memang kita macam semula jadi suka menari. Jadi apabila rakam album itu, saya konon nak jadi macam Janet Jackson, Michael Jackson lah. Pengaruhnya dari situlah. Bukan senang nak menyanyi sambil menari. Tapi saya buat mengikut cara saya tersendiri. Cuma sekarang ini bila usia sudah sebegini, kena kurangkan sedikit lah."
ADAKAH TEGURAN SINIS YANG BOLEH MEMATAHKAN SEMANGAT?
LIZA AZIZ: "Ada. Terutama 'Body Shaming' lah. Masa dahulu saya gemuk. Nak jadi penyanyi di depan itu malu sedikit, sebab selalu orang cakap badan kau gemuk, begini-begini kan? Tapi saya tak peduli. Pada saya, ia bukan bukan kerana paras rupa. Bakat paling penting lah. Tapi bahagian nyanyian itu alhamdulillah semuanya baik. Tak ada yang kata saya nyanyi teruk ke apa."
APA FORMULA MENJADI ARTIS ANTARABANGSA?
LIZA AZIZ: "Kerana saya jaga kesihatan ya untuk menyanyi dengan baik dalam usia sebegini. Dan kebanyakan pementasan-pementasan yang saya buat di dalam dan luar negara itu adalah kerana daripada TV - mereka tonton saya menyanyi dan mereka cadangkan – 'Undang penyanyi ini, dia penyanyi yang hebat'. Orang suka saya sebab saya senang bekerjasama dengan mereka. Tak ada banyak ragam lah. Maka saya rasa itulah sebabnya saya dapat menyanyi ke luar negara dan di dalam negara."
MENANG GV11 KERANA ELEMEN NOSTALGIA ATAU PRESTASI?
LIZA AZIZ: "Tak, lah. Masuk GV ini bukan senang ya. Saya bekerja keras masuk GV ini, sebab kita perlu ada kekuatan mental untuk sertai Gegar Vaganza. Ia platform yang amat baik. Tapi kalau kita nyanyi main-main, memang sekian, terima kasih lah. Tapi daripada mula sampai ke akhir, kita dapat lagu itu, kita belajar. Betul-betul belajar dan kita nyanyi dengan bersungguh-sungguh. Sebab apa, apabila kita menyanyi tidak betul, komen-komen yang keluar di media sosial ini akan menurunkan 'mood' kita. Jadi saya mesti kekalkan semangat dan 'mood' saya sepanjang pertandingan. Jadi Alhamdulillah menang dan syukurlah. Satu lagi: kalau kita tak bersenam, tak tidur cukup, memang selamat tinggal lah."

LIZA AZIZ: "Walaupun tak sihat. Memandangkan, tempoh masa yang diberi dari satu minggu ke satu minggu rancangan mingguan Gegar Vaganza itu amat pendek. Daripada Isnin sampai ke Ahad itu, satu-satunya masa kita berehat pada Isnin. Selasa dah mula merancang lagu dan kemudian Khamis, Jumaat itu dah latihan. Sabtu - latihan berpakaian penuh - kena nyanyi dua kali – siang, malam. Keesokan harinya - siang ada lagi. Itu yang buat kita penat - tak cukup rehat. Mencuba pakaian lagi – itu semua merangkumi lah. Tapi itulah dia - sakit-sakit pun, anak seni eh, naik atas pentas; langsung menyanyi!"
SEMAKIN DAPAT PERHATIAN SELEPAS MASUK GV11?
LIZA AZIZ: "Memang orang kenal saya. Tapi apabila saya sertai GV ini, daripada budak kecil, sampai ke budak istimewa, sampailah ke orang dewasa yang umur saya ini, semua mengenali saya. Ada banyak pementasan dan kemudian dapat tawaran untuk buat ini, buat itu. Belum lagi tawaran jadi duta, kan? Jadi impaknya itu sangat besar pada saya."

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.