BERITA+ HTHT: "Kalau nak kenali saya dengan lebih dalam sebenarnya melalui muzik sebab itu adalah diri saya" - 20 tahun tanpa kontroversi, ALYPH tonjol muzik, bukan kisah peribadi
Beliau mula berdua - dengan sepupu sendiri, sebagai Sleeq.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beliau mula berdua - dengan sepupu sendiri, sebagai Sleeq.
Namun kini beliau bukan sahaja artis hip-hop yang berjaya tetapi menjadi komposer yang mencungkil ramai bakat baharu Malaysia.
ALYPH juga memenangi Carta Rasmi Singapura bagi lagu nombor satu oleh artis lelaki dalam separuh pertama 2025, menerusi lagu berjudul 'Ingat'.

Kita cungkil tujuan di sebalik album terkini beliau 'Storm', melalui wawancara eksklusif bersamanya.
TERBITKAN ALBUM 'STORM' BERBANDING 'SINGLE'
WARTAWAN: "Mohamad Alif Abdullah atau Alyph, Tahniah dulu di atas penghasilan album anda yang terbaru iaitu 'Storm'. Mengapakah Alyph memilih untuk terbitkan album penuh, sementara ramai artis lain lebih menghasilkan 'single'?"
ALYPH: "Mungkin suasana di dalam industri muzik sejak 10 tahun yang lepas di mana cetak rompak semakin merebak, saya rasa di sana kita semua beralih ke 'singles'. Tetapi sekarang ini dengan kehadiran khidmat penstriman, pada saya itu adalah platform media sosial seorang pemuzik.
"Jadi, pada saya, kerja saya adalah untuk buat muzik, jadi lebih baik saya buat muzik yang mengeluarkan sebanyak muzik yang saya boleh keluarkan dan bina katalog saya. Akan datang pun, kita semua tengah menuju ke arah sana."
WARTAWAN: "Album ini menampilkan pelbagai genre muzik juga. Adakah ini satu eksperimen ataupun usaha yang menunjukkan kematangan anda dan usaha untuk menarik lebih ramai peminat?"
ALYPH: "Genre ini semua bukan pilihan yang sedar bagi saya. Ia lebih kepada apa yang saya rasa sebagai seorang produser, komposer, penulis lagu, penghibur, penyusun muzik dan sebagainya.
WARTAWAN: "Dalam album ini juga anda berduet dengan Ziana Zain."
ALYPH: "Saya bersyukur sebab Ziana Zain bersetuju untuk buat dua lagu bersama saya."
WARTAWAN: "Anda juga menampilkan artis hiphop muda bernama Gard."
ALYPH: "Gard ini saya sudah perhatikan potensinya daripada album pertamanya. Saya minat banyak lagu yang dia buat. Saya rasa kualiti suara saya agak bernada sederhana, rendah, jadi saya perlukan suara yang menusuk. Dan pada saya, Gard ada kualiti yang unik yang akan menolong membawa lagu itu ke frekuensi yang lain."

BAGAIMANA KEKALKAN KESEGARAN MUZIK HIP-HOP
WARTAWAN: "Kalau kita lihat di industri muzik Malaysia, lagu-lagu balada yang menjadi kegilaan ramai. Tetapi anda tetap memperjuangkan genre hiphop. Bagaimanakah anda mengekalkan kesegarannya?
ALYPH: "Kebetulan genre balada ini memang daripada mula lagu dia berentak perlahan dan emosional. Tetapi dalam genre apa pun, kita boleh sampaikan apa-apa mesej pada siapa sahaja. Saya ada buat satu eksperimen pada tahun 2018, 2019, di mana saya terbitkan untuk rakan-rakan artis saya, di mana saya terbitkan setiap artis, genre lain.
"Sebab masa itu kalau tengah zaman balada, satu carta balada. Kalau zaman ini tengah hip-hop, satu carta hip-hop. Pada saya, benda itu macam tidak adil bagi produser ataupun penyanyi yang bukan dalam genre itu. Mereka akan rasa macam tertekan, macam mungkin sekarang orang dengar lagu pop, saya pun nak kena buat lagu pop. Sebenarnya tidak. Jadi tujuan saya bila saya terbitkan artis-artis ini semua lain genre, eksperimen saya adalah, ok, kalau lagu-lagu ini semua boleh jalan, orang semua layan, ini lain-lain ini bunyinya. Jadi, ternyata yang kita tidak bergantung pada genre. Kita bergantung pada lagu yang jujur yang kita hendak sampaikan mesej kepada pendengar dan benda itu sampai."
IKUT TREND ATAU JUJUR DALAM BERKARYA?
WARTAWAN: "Jadi kirakan anda tidak mengikut sangat trend?"
ALYPH: "Sebab tujuan kita adalah untuk membuat muzik yang jujur, yang ikhlas daripada kita dan apa yang akan jadi viral ataupun nombor satu di carta, nombor 10 di carta, satu juta tontonan, itu akan mengikut hasil kita. Di dalam bidang kreatif, untuk membuat muzik ataupun membuat filem, saya rasa 100% niat kita hendak kena dalam kraf itu untuk membuat yang terbaik. Bukan mengejar 'viral', tetapi 'viral' itu akan mengikut kita."
CUNGKIL RAMAI BAKAT MALAYSIA, BAKAT SINGAPURA PULA BAGAIMANA?
WARTAWAN: "Anda telah menerbitkan lagu untuk ramai artis Malaysia. Kaka Azraff, Adira, Joe Flizzow sebagainya. Bagaimana pula dengan bakat muda dari Singapura?
ALYPH: "Saya selalu percayai bakat-bakat Singapura.
Daripada dulu sampai sekarang, kita ada banyak bakat. Tetapi mungkin kita harus memberi mereka masa, untuk mencari jalan sendiri, untuk mencari identiti sendiri. Saya ada perhatikan artis-artis yang dah buat muzik selama 10 tahun. Saya kenal artis-artis ini dan saya mengikuti mereka dan dalam senyap-senyap saya menyokong mereka."
RAHSIA KEKAL BEBAS SKANDAL MAHUPUN KONTROVERSI
WARTAWAN: "20 tahun anda dalam industri seni. Tetapi kita lihat Alyph ini bebas daripada segala skandal atau kontroversi."
ALYPH: "Di dalam dunia media sosial ini yang kita boleh dapat jawapan di mana-mana pun, saya bertambah takut rasanya untuk hidup saya dan privasi saya. Sebab itu saya pastikan yang kerjaya saya yang ke depan.
Kalau saya bahagia di rumah, biarlah keluarga saya tahu. Dan kalau nak kenali saya dengan lebih dalam sebenarnya melalui muzik sebab itu adalah diri saya. "
WARTAWAN: "Jika anak-anak anda mahu mengikut jejak anda?"
ALYPH: "Saya akan menyokong tetapi saya tidak akan galakkan."
WARTAWAN: "Kenapa?"
ALYPH: "Sebab kalau kita tidak tahu macam mana nak susah sendiri, selamatlah. Masa depan kita, habislah."
JAWAPAN TUNTAS ALYPH TENTANG SLEEQ

WARTAWAN: "Soalan cepumas - apa perkembangan terkini mengenai Sleeq?"
ALYPH: "Syarif, dia sepupu saya. Baru-baru ini kita lepak."
WARTAWAN: "Untuk bincang tentang lagu baru ke?"
ALYPH: "Buat apa? Sudah habis itu Sleeq. Saya tidak tahu kenapa orang asyik tanya."
WARTAWAN: "Perancangan masa depan Alyph sendiri?"
ALYPH: "Untuk pastinya mempromosikan album 'Storm' sepanjang tahun ini. Dan kita ada rancangkan beberapa perkara menarik. Mungkin kita akan keluarkan cenderamata, mungkin kita akan adakan konsert, mungkin beberapa persembahan. Semua dalam tahap perancangan, jadi doakan yang terbaik."

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.