Skip to main content

Hiburan

BERITA+ HTHT K-Clique perbaharui gaya muzik kumpulan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA+ HTHT K-Clique perbaharui gaya muzik kumpulan

K-Clique sewaktu rakaman bagi Berita+ HTHT di Mediacorp. (Belakang, kiri-kanan) Mohd. Syafiq Emir Sarifin @ KDEAFY, Abdul Siddek Jasni @ GNELLO, Mohd Nazrin Idris @ NASTYNA$. (Depan) Muhd Syahmin Naim Igbal Khan @ SOMEAN, Ahmad Ikhwan Aji @ NOKI, Fareedzuan Saddi @ FAREEDPF. (Gambar: BERITA Mediacorp/Roslinda Rahmat)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 26 Jun 2026 09:48PM Dikemas Kini : 26 Jun 2026 10:18PM
SINGAPURA: Kumpulan K-Clique - antara nama terbesar dalam genre hip hop dan rap Malaysia dan simbol kebangkitan bakat muda Sabah ke arus perdana muzik Malaysia.

Antara pencapaian mereka termasuk sebagai artis Malaysia dengan paling banyak penstriman lagu di Spotify dan dicalonkan untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, bagi Persembahan Asia Tenggara Terbaik.

K-CLIQUE TEGAS MEREKA MATANG, BUKAN HILANG IDENTITI MUZIK

Ahmad Ikhwan Aji @ NOKI: "Kehilangan identiti itu rasanya tak. Cuma mungkin K-Clique ini dah semakin matang dan semakin berumur. Rasanya untuk sambung buat lagu yang macam gaya dulu, penulisan cara dulu mungkin sudah kurang. Kami kini lebih fokus pada situasi sekarang, fakta, ke arah kebaikan."

Fareedzuan Saddi @ FAREEDPF: "Kami bermula pun memang secara 'raw' atau mentah juga - dari jalanan. K-Clique sudah hampir 10 tahun dalam industri. Kami belajar banyak benda yang memperbaiki diri kami juga."

"Jadi sepanjang jalan, dari segi penulisan kami pun sememangnya akan berubah ke arah yang lebih baik lah. Pada tahun 2024, rata-rata kami yang berada di sini sudah menunaikan umrah. Jadi sambil itu, kami pun alhamdulillah menuju ke arah Yang Satu."

TANGGUNGJAWAB K-CLIQUE SEBAGAI PERAN CONTOH GENERASI MUDA

Mohamad Nazrin Idris @ NASTYNA$: "Untuk K-Clique mempengaruhi ke arah yang tidak elok agak tidak benar, lah. Sebab kebanyakan lirik yang kami buat pada masa-masa yang dahulu adalah diri kami yang dahulu. Dan kami cuma hanya menyampaikan realiti kehidupan sebenar. Dan itu adalah psikologi terbalik supaya remaja ataupun anak-anak muda di luar sana mengambil pengajaran daripada lirik-lirik dan lagu-lagu kami supaya tidak berbuat demikian."

Abdul Siddek Jasni @ GNELLO: "Sebab itu kami ambil pelajaran. Kami akan buat lagi yang versi baharu lah, yang lagi ok lah."

NOKI: "Dahulu gaya penulisannya lain. Tapi selepas sudah semakin matang, mungkin Allah pun jentik hati untuk sedar benda ini. Fikir-fikir balik macam tak boleh lah teruskan benda ini macam, ini sebab orang nyanyi, budak-budak nyanyi, mereka hafal. Kalau dalam Islam pun setiap perkataan kita ini boleh jadi doa."

Muhammad Syahmin Naim Igbal Khan @ SOMEAN: "Kiranya ini satu pelajaran untuk K-Clique untuk lebih matang. Kita sampaikan benda-benda yang baik, lah kalau boleh."

FAREED: "Ada lagu-lagu yang sudah K-Clique bikin sebelum ini yang belum diterbitkan lah tetapi sudah tidak sesuai dengan masa yang kami berada sekarang. Jadi, disebabkan itu, kami pun memilih untuk tidak keluarkan. Satu tanggungjawab kita juga untuk pastikan lagu ini apa mesejnya? Adakah mesej ini akan menyebabkan belia itu terpesong? Seperti mana mungkinlah sebelum-sebelum ini cara lagu - pembikinan lagu K-clique yang 'raw' atau 'mentah', yang semakin kita mendewasakan diri ini, semakin penting untuk kita pertimbangkan apa impaknya kepada masyarakat?"

NASTYNA$: "Yang penting, penulisan kena 'real', berdasarkan pengalaman sebenar dan jangan guna AI. Itu sahaja!"
Related article image
Dikenali melalui lagu seperti "Mimpi" dan "Lane Lain Line", K-Clique adalah sebuah kugiran hip-hop dari Malaysia dengan lapan anggota yang berasal dari Sabah, Malaysia. (Gambar: Mediacorp)
DALAM KUMPULAN BESAR SEPERTI K-CLIQUE, KONFLIK PASTI WUJUD

FAREED: "Terpulang pada keadaan ataupun isu yang kami hadapi. Macam adakalanya majoritinya."

NOKI: "Dalam K-Clique ini kita tidak ada ikut satu suara. Sebab kami tak ada pemimpin. Sedangkan adik-beradik pun boleh bergaduh, inikan pula sekadar kawan dari kecil dan sebuah kumpulan? Dan kemudian pula K-Clique ini dikira salah satu sumber pendapatan. Apa-apa keputusan pun atas perbincangan.

SOMEAN: "Kalau mungkin seorang daripada kami mendapat rezeki lebih. Yang lain mungkin akan anggap itu rezeki dia, lah. Sebab kita punya rezeki kita tak tahu bila sampai, kan? Jadi tiada yang besar, tiada yang kecil. Semua sama."

RAMAI ANGGOTA K-CLIQUE SEKARANG AKTIF SOLO DALAM MUZIK, LAKONAN, BISNES

NOKI: "K-Clique ini ditubuhkan disebabkan 'Brotherhood' atau Persaudaraan. Jadi itu yang kami pegang erat. Jadi secara automatik kita tahu ada masalah - yang buat kami kembali ke tengah, ke bulatan K-Clique itu adalah - K-Clique ditubuhkan disebabkan persaudaraan kita. Bukan disebabkan kita nak jadi seorang artis. Bukan disebabkan kita nak jadi terkenal, bukan disebabkan kita nak raih pendapatan.

NASTYNA$: "Dengan muzik ataupun tanpa muzik, kami tetap 'braders'. Jadi dalam apa cara pun; macam Noki, dia ada berlakon, kan? MK pun ada berlakon, ada buat lagu solo apa semua kan? Kami tetap akan sokong dari belakang. Tidak akan pernah pudar dari hari pertama. Jadi itulah K-Clique.

GNELLO: "Sebenarnya kalau ikut betul, K-Clique banyak lagu tetapi soalnya diterbitkan ataupun tidak, lagu itu. Jadi macam yang tadi Na$ cakap, 'K-Clique ini sebenarnya ditubuhkan sebab Persaudaraan. Kalau jauh bertahan - sentiasa bertahan, sebab kami semua anggap benda ini persaudaraan.
Related article image
Aksi K-clique di Festival Muzik Cloud9 Mediacorp. (Gambar: Mediacorp)
HIP-HOP DIKAITKAN DENGAN KEJUJURAN. TETAPI K-CLIQUE KURANGKAN INTENSITI KANDUNGAN LAGU

FAREED: "Rasanya dengan perjalanan kehidupan kami sekarang, kami boleh katakan lebih autentik lah dari segi penulisan lirik dan juga sebagainya. Lagi tulen lah, lagi 'real' lah."

NOKI: Kami tak pandai tulis benda yang kami tidak lalui atau bukan benda yang fakta. Jadi, majoriti semua lirik kami adalah 'real'. Itu saya berani tekankan, sebab saya tahu masing-masing punya kehidupan. Dan apa yang pernah kami lalui.

BUKTI K-CLIQUE MASIH RELEVAN

FAREED: "Secara tidak langsung dengan persembahan lakonan Noki dan juga MK sendiri itu boleh menyerapkan lagi, lah audiens-audiens yang terbaru - mungkin daripada generasi yang akan datang, yang menonton siri drama mereka dan juga filem mereka. Jadi itu akan mengambil hati, perhatian para audiens yang baru. Jadi secara tidak langsung, nama, jenama K-Clique ini masih terbawa, walaupun kita orang yang berada di Sabah, sedang buat bisnes tersendiri."

NOKI: "Impak K-clique di Malaysia ini rasanya: K-Clique adalah anggota kumpulan rap pertama yang jumlah ahlinya paling ramai. Yang pertama keluar dan kumpulan yang cukup dikenali di Malaysia dan juga Singapura, Brunei, Adia Tenggara lah.

FAREED: "Kami mungkin ingin dikenali sebagai perintis dalam industri muzik dan juga dunia hip hop di Asia Tenggara. Kumpulan pertama di Sabah yang buat sendiri tanpa ada pertolongan daripada media arus perdana. Walaupun kita lama tidak terbitkan lagu. Terus terang Singapura adalah kubu kuat untuk peminat K-clique - ini mengikut data K-Clique lah. Jadi kami sangat-sangat bertuah untuk datang sekali lagi ke Singapura."

RANCANGAN MASA DEPAN K-CLIQUE

MOHD SYAFIQ EMIR SARIFIN @ KDEAFY: "Rancangan mungkin insyaallah lagu baru, lah eh? Mungkin tahun ini boleh diterbitkan, Insya Allah."

NOKI: "Nak tarikh tepat itu kami tiada. Sebab nak dapat kumpulkan semua itu pun agak susah sebenarnya sebab masing-masing kan kami ada kerja masing-masing, ada jadual, sibuk dengan kerja masing-masing. Tapi tetap dengan kerja masing-masing pun, masing-masing akan membawa nama K-Clique. Jadi secara automatik orang akan tahu lah walaupun macam ada orang-orang tertentu yang kenal - saya bagi contoh macam Noki - ada yang kenal Noki disebabkan lakonannya tapi mereka tak tahu Noki ini seorang 'rapper'. Jadi disebabkan nama yang akan keluar nanti 'Noki K-Clique' - jadi mereka akan jadi ingin tahu. 'K-Clique? Apa K-Clique ini?' Jadi secara automatik, mereka akan buat pencarian, 'Oh rupanya mereka ini kumpulan rap!' Jadi tempiasnya akan kena juga macam mana pun."
Sumber : BERITA Mediacorp/RL/rl
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita