BERITA+ HTHT: Ernie Zakri - “Saya Pernah Terfikir Untuk Berhenti Menyanyi”
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di sebalik kejayaan yang diraih termasuk penstriman lagu Masing-Masing melebihi 190 juta kali, penyanyi, Ernie Zakri, pernah melalui fasa getir dalam kerjayanya.
“Saya pernah sampai ke satu tahap di mana saya rasa mahu berhenti jadi penyanyi. Saya tidak tahu apa lagi yang boleh saya lakukan,” luahnya jujur dalam temu bual eksklusif Hati ke Hati (HTHT) bersama Rosli A Razak semasa berada di Singapura bagi Konsert Aura pada 31 Mei lalu.
MASING-MASING UBAH SEGALANYA
Segalanya berubah dengan lagu Masing-Masing, ciptaan Ade Govinda, yang membuka pintu kejayaan bukan sahaja di Malaysia, malah ke pasaran serantau.
“Kejayaan lagu itu memberi saya peluang mengadakan konsert solo di Malaysia dan Singapura. Saya tidak sangka lagu ini boleh menembusi pasaran Indonesia,” kata Ernie .
Lagu tersebut dipilih sebagai lagu tema sebuah sinetron popular di Indonesia, sekali gus melonjakkan lagi namanya.
Ia yang turut merangkul Anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024.
“Pada awalnya, ketika saya ke Jakarta, saya tidak tahu lagu Masing-Masing sudah menjadi bualan ramai. Tapi apabila semua orang kenal lagu itu walaupun mereka belum kenal saya, saya sedar usaha saya tidak sia-sia.”
NYARIS UNDUR DIRI, REZEKI DATANG TEPAT WAKTU
Ernie mendedahkan bahawa sebelum mencapai kejayaan besar, beliau hampir membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni.
Ketika itu, Ernie mengakui beliau dilanda rasa kecewa dan mula mempersoalkan nilai usaha yang telah dicurahkan.
“Saya berfikir, tidak mengapa. Saya gunakan sahaja ijazah saya untuk mengajar. Namun, apabila melihat orang lain menyanyi dengan hebat di atas pentas, saya sedar itulah juga tempat saya.”
“Saya pernah memberitahu ibu tentang niat saya untuk berhenti. Namun, tidak lama kemudian, lagu Jangan Marah mula mendapat perhatian, dan dari situ, peluang-peluang baru mula terbuka.”
“Alhamdulillah, saya mengikuti nasihat ibu saya. Jika tidak, mungkin saya sudah berhenti menyanyi.”
KELUARGA SUMBER KEKUATAN
Menurut Ernie, sokongan keluarga terutamanya makciknya yang juga penyanyi tersohor Ziana Zain turut menjadi sumber kekuatan utamanya.
“Setiap kali saya rasa tertekan, saya akan telefon. Makcik saya sangat memahami kerana beliau sendiri seorang penyanyi wanita. Meskipun kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk, saya tahu mereka sentiasa menyokong dari jauh.”

Detik paling mengharukan, katanya, berlaku semasa konsert di Kuala Lumpur.
“Saya menangis kerana masalah kesihatan ketika itu. Tetapi sokongan keluarga membuatkan saya rasa sangat beruntung. Saya sedar bahawa saya bukan sekadar membawa nama Ernie Zakri, tetapi juga membawa semangat dan nama keluarga.”
IMPIAN TUBUHKAN INSTITUT MUZIK
Walaupun terus sibuk dengan dunia seni, Ernie menyimpan impian yang lebih besar dalam dunia pendidikan muzik.
“Saya impikan untuk membuka sebuah institusi muzik yang menghimpunkan guru-guru vokal, termasuk saya sendiri, supaya kami dapat berkongsi ilmu dengan penyanyi baharu.”
Meskipun memiliki Ijazah Sarjana dalam Muzik, beliau percaya ilmu praktikal jauh lebih penting daripada hanya kelayakan akademik semata-mata.
“Kalau kita mahukan kerjaya yang panjang, kita perlu tahu cara menjaga suara. Kalau tidak ada ijazah pun tidak mengapa, tetapi carilah guru yang baik. Itu sangat penting dalam membentuk disiplin dan teknik yang betul.”
FOKUS KEKAL PADA MUZIK
Ditanya sama ada beliau berminat untuk berlakon seperti Ziana Zain, Ernie menjelaskan bahawa tumpuannya kekal dalam bidang muzik.
“Saya pernah berlakon sebelum ini, tetapi minat saya tetap dalam bidang nyanyian. Sekarang saya sedang menghasilkan album Sahabat bersama rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia, satu usaha untuk mengukuhkan lagi kehadiran saya di pasaran sana.”

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.