BERITA+ HTHT EISS JUARA GV12: Eiss lebar sayap selepas juara GV12, bakal tampil lagu raya, projek baharu di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Euforia warga tempatan apabila Iskandar Ismail dinobatkan Juara Gegar Vaganza 12 - rancangan realiti Malaysia, masih terasa.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Eiss, bakal membuat persembahan dengan lagu Raya terbarunya dalam rancangan khas Raya Mediacorp, Sinar Lebaran.
Baru-baru ini Eiss sempat ke konti radio Warna 942 secara langsung dan serentak merakamkan acara kolaborasi sulung Berita+ HTHT bersama Warna, menguntum bicara hati ke hati bersama penyampai radio Aura Shai dalam laporan terbitan wartawan Roslinda Rahmat.

Bersama pengarah urusannya, Murshid Eunos di konti radio, anak kepada Allahyarham penyanyi R Ismail itu merenung kembali perjalanannya dalam GV, selain berkongsi beberapa rancangannya selepas ini.
EISS IMBAS PERJALANAN GV12, TERSENTUH TERIMA SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA
AURA SHAI: "Hari ini buat julung-julung kalinya rancangan kolaborasi yang mengudara dari konti Warna 942 dan Berita+ HTHT - Hati ke Hati - kita bersama dengan Iskandar Ismail. Sekali lagi kita nak ucapkan tahniah kepada Juara GV 12 - Iskandar Ismail."
ISKANDAR ISMAIL: "Terima kasih."
AURA SHAI: "Bagaimana keadaannya setelah kemenangan anda, Iskandar?"
ISKANDAR ISMAIL: "Saya rasa sangat-sangat terharu kerana bila saya memenangi GV12 ini, saya rasa peminat saya semakin ramai, media sosial saya pun semakin ramai peminat, peminat dan sebagainya."
AURA SHAI: "Bagaimana penerimaan di Malaysia?"
ISKANDAR ISMAIL: "Saya rasa amat gembira sekali kerana saya diterima kebanyakan - saya rasa dalam 90% rakyat Malaysia banyak memberikan sokongan kepada saya juga. Jadi saya rasa macam tak sangka lah kan saya dapat menembusi pasaran bila saya memasuki Gegar Vaganza 12 ini.
"Malah peminat-peminat artis-artis lain seperti peminat Nubhan atau peminat Mendua atau peminat Ruri yang betul-betul menyokong saya. Walaupun mereka sokong artis pilihan mereka sendiri, tetapi bila jumpa peminat selepas GV itu, mereka sempat mengambil gambar dan kita buat buat lawak dan sebagainya, ambil video. Sampai 2, 3 pagi saya kena melayan mereka. Saya terharu."
AURA SHAI: "Sewaktu peringkat akhir GV12, Tok Ram ada sebut bahawa untuk seseorang artis berjaya perlu terbitkan lagu hits dan peringkat separuh akhir pula Bunda menegur anda supaya buat album."

ISKANDAR ISMAIL: "Memang sepatutnya, pasal GV ini kita harus membuat sesuatu secepat mungkin kerana kita ada tempoh dalam masa setahun sebelum GV baru akan bermula semula. Kita sudah ada program berbulan-bulan akan datang ini. Yang pertama sekali saya dah buat adalah 'single' saya yang mengambil bentuk lagu tema (OST) bagi sebuah drama yang akan ditayangkan di saluran TV Astro Malaysia dalam bulan Ramadan. Saya dapat berduet dengan Idayu. Jadi kita sudah lancarkan lagu itu yang saya rakam sewaktu pertengahan pertandingan realiti GV. Murshid selalu buat saya terperanjat, 'Eh, ada rakaman?' Waktu itu, saya hanya ada masa satu jam sahaja untuk belajar lagu tersebut."
ISKANDAR ISMAIL: "Waktu saya jumpa Murshid, saya masih ingat lagi dia cakap. Abang, Abang boleh ke patuh? Abang boleh dengar ke cakap saya? Abang tak boleh tau gini gini gini. Tak boleh cakap 'No'. Abang mesti dengar cakap saya. Jadi, saya sudah berikan seluruh hati saya. Tiada masalah. Saya akan dengar, sebab saya nak menang! Saya mesti bekerja keras. Jadi saya fikir, dari titik itu, Murshid membuka mata dan setiap kali dia cakap, saya patuh. Tak pernah saya cakap 'No'."
AURA SHAI: "Mungkin ada sesuatu yang dia suruh anda buat. Tapi anda meronta-ronta jiwa tapi kena cakap 'Yes' juga. Tak boleh cakap 'No' - ada tak?"
ISKANDAR ISMAIL: "Sebenarnya, pakaian saya. Saya suka pakai skinny jeans dan yang koyak-koyak. Murshid kata tak boleh! Sampai dia bawa saya pergi 'shopping' dekat KL. Beli seluar, beli apa dan sebagainya!"
MURSHID EUNOS: "Dia kena kasual. Jadi Abang Eiss ini sebab dia sudah kurus, dia kecil pinggang pun tak sampai 30. Jadi kalau dia pakai 'skinny jeans', dia nampak kurus kan? Kurus. Jadi saya kata tak boleh. Dia kena pakai benda yang 'oversized'. Haha."
AURA SHAI: "Lagu duet anda - pemilihan penyanyi wanitanya bagaimana?"
MURSHID EUNOS: "Sebab projek ni adalah projek Sony Music dan MindOrder, dan kebetulan tetiba Astro datang kepada saya untuk satu projek drama, jadi kita sarankan lagu ini. Tapi untuk lagu ini saya perlukan penyanyi lelaki yang vokalnya 'power'. Jadi bila kita cuba beberapa penyanyi dari barisan artis saya, saya nampak Naqiu tidak berapa sesuai untuk lagu ini. Jadi saya terus cakap, 'Kenapa tidak kita cuba Iskandar? Walaupun dia orang Singapura, tapi kita boleh cuba juga. Jadi kita usulkan kepada Astro. Dan bila kita padankan suara Iskandar dengan Idayu, sebab Idayu sudah rakamkan lagu ini dahulu - dia sudah rakam bahagian yang dinyanyikannya dahulu. Kita tak rekod bersama pun. Malah, sampai sekarang pun Iskandar tak pernah jumpa lagi Idayu, sampai ke saat ini. Jadi kita terus periksa, suaranya setara dengan Idayu dan kita teruskan. Astro pula setuju dan suara, muzik pun ia setuju.
"Saya rasa Iskandar sangat sesuai bila kita semua sudah siap rekoding. Masa 'demo' pertama, semua dengar, semua terkejut! 'Eh, suara Iskandar malah sebenar-benarnya, jujur tau, korang pun akan terkejut! Bila lagu dah siap, Tok Ram sendiri pun terkejut, sebab tak sangka Iskandar boleh menyanyi dengan sangat merdu! Tapi sebelum ini dia menyanyi itu ikut dia punya bakat semulajadi, iaitu tidak ada kemahiran tentang teknik profesional."

AURA SHAI: "Kalau rakaman itu waktu mula episod 1 GV, dibandingkan dengan setelah pertingkat akhir GV, pasti berbeza, kan?"
ISKANDAR ISMAIL: "Memang sangat berbeza sekali. Pada saya, sekarang saya memahami secara vokal. Apa yang setiap kali saya membuat persembahan di GV, tiap-tiap minggu saya harus memanaskan kotak suara saya. Saya tak pernah buat 'warm up' dulu, jadi Cikgu Arul mengajar saya macam mana nak panaskan suara saya. Banyak benda-benda yang dia ajar. Secara nota Bubbling. Ikut nota yang kita bunyikan dari nada rendah, naik ke nada tinggi secara berperingkat. Dia juga ajar Hissing setelah kita dah buat Bubbling. Atau setelah kita menyanyi, kita kena buat Hissing. Saya tidak pelajari semua teknik ini dahulu. Jadi kelainan yang saya dapat belajar daripada guru vokal saya iaitu Cikgu Arul.
BAKAL BERTANDING LAGI SEBAGAI MENTOR DALAM RANCANGAN REALITI LEBIH BESAR
AURA SHAI: "Anda akan menyertai satu lagi pertandingan realiti? Bukankah penat GV belum hilang lagi?"
MURSHID EUNOS: "Ya, satu lagi, di saluran lain pula. Ia lebih meluas, saluran yang lebih besar. Peluang itu datang kerana saya kebetulan adalah salah seorang anggota panel penasihat untuk program tersebut. Jadi, saya fikir ia adalah program yang berbentuk macam Gegar Vaganza. Tapi ia ada konsep 'protege' dan 'mentor'. Mereka nak buka lebih besar pasaran itu ke luar Malaysia. Jadi saya fikir mengapa tidak kita masukkan Iskandar untuk mewakili Singapura sebab dia sudah layak untuk ada 'protege' sepertinya - penyanyi yang asalnya ada elemen rock tetapi boleh menyanyikan lagu balada dengan sangat baik."
AURA SHAI: "Tok Ram kata semua artis GV yang menang sejauh ini merupakan penyanyi kelab malam dan kerana itu mereka versatil atau serba boleh.
ISKANDAR ISMAIL: "Memang betul ada bagusnya kalau penyanyi kelab masuk dalam Gegar Vaganza ini. Tetapi kita harus asah lagi apa yang dimiliki. Pasal, kita nyanyi di kelab ini sebarang pun orang akan komen 'Oi sedapnya kau nyanyi gini!' Tetapi di depan juri itu, kita harus memperbaiki banyak aspek. Seperti nyanyian, seperti sebutan, seperti persembahan. Nasib baik saya ada pasukan yang sangat-sangat profesional yang menjaga saya dengan baik; dengan saya terpaksa bikin 'homework'. Bila saya dapat ulang-alik ke Singapura itu, saya tak ada masa dengan keluarga sebenarnya. Bila sampai di rumah sahaja, selepas subuh saya dengar lagu berkali-kali sampai berjam-jam lamanya."
AURA SHAI: "Ini di antara kesukaran untuk menembusi pasaran Malaysia. Anda tidak hanya bergantung kepada nama besar arwah ayah anda.
ISKANDAR ISMAIL: "Memang susah, betul! Jadi saya rasa platform GV 12 ini adalah sangat-sangat penting. Dengan kerja keras, dengan kumpulan pengurusan yang saya ada dan menjaga saya dengan baik dan sebagainya, alhamdulillah, kita dapat menjadi juara dan selepas itu, saya ada lagi beberapa tahun untuk mengembangkan kerjaya insyaallah di Malaysia juga."
LAGU SOLO TERBARU AKAN DIRAKAM RAMADAN INI
AURA SHAI: "Peluang ini tidak dibuka untuk semua. Kira, Eiss di antara insan yang terpilih. Rancangan masa depan pula bagaimana?"
ISKANDAR ISMAIL: "Lagu Hari Raya pun saya sudah rakam sebenarnya. Nanti di konsert malam Raya saluran Suria, Sinar Lebaran, saya akan menyanyikan lagu itu."
MURSHID EUNOS: "Dia punya lagu Raya - dua minggu sebelum Raya kita sudah boleh mula buat promosi. Selepas Raya baru kita boleh fokus kepada single solo Iskandar yang sekarang kita tengah cari bahan lagi. Kita dapat sudah empat, lima 'demo' daripada lima komposer di Malaysia. Tapi kita masih lagi memilih mana satu DNA yang paling sesuai dengan Iskandar. Kena jumpa lagu yang tepat, yang sesuai dengan umurnya, sesuai dengan suaranya, sesuai dengan kredibilitinya. Tapi InsyaAllah kita akan rakam bulan puasa ini dan ia akan dilancarkan selepas Raya ini.
"Sebabnya, saya sudah tidak boleh nak 'trial and error' untuk Iskandar. Sebab Iskandar ini bukan macam artis-artis saya yang lain. Kita lebih kepada penjenamaan-semula, contohnya Naqiu. Ketika dia menjuarai Gegar Vaganza, kita melihat dia sebagai penjenamaan-semula, sebab orang sudah kenal dia dan orang masih ada memori tahun 2001 apabila dia jadi fenomena.
"Tapi untuk Iskandar Ismail, sejujurnya dia memang betul-betul artis baru di Malaysia. Orang Malaysia langsung tidak kenal dia. Tapi Alhamdulillah 12 minggu itu memang orang Malaysia baru kenal dia itu Iskandar. 'Oh, ayah dia dulu seorang lagenda!'
"Jadi untuk saya, bagi Iskandar ini strategi kita, formula kita adalah dia ini ibarat BBNU - budak baru nak 'up' kat Malaysialah, yang kita memang betul-betul kena memperkenalkannya kepada pasaran. Jadi kita kena pilih formula yang tepat. Adakah dia nak jadi penyanyi rock ataupun kita nak kekalkan dia seperti penyanyi balada yang hebat? Ataupun mungkin dia ada elemen yang 'funky'? Seperti itu. Kita masih mencari formulanya. Tapi saya percaya lagu yang tepat akan menjadikan Iskandar Ismail seseorang yang lebih dikenali. InsyaAllah."
ISKANDAR ISMAIL: "Semua lagu yang kami terima untuk saya itu saya suka. Saya tidak memilih. Tetapi untuk mencari genre atau lagu yang sesuai untuk saya, saya kasi kepada Murshid untuk pilihlah. Pasal dia yang tahu dan yang pakar."
AURA SHAI: "Apakah nasihat anda untuk artis Singapura yang bakal menyertai GV akan datang?"
ISKANDAR ISMAIL: "Singapura ini memang ramai artis yang berbakat sekali. Jadi saya ingin berkata, GV ini bukan senang. Saya masih ingat lagi bila saya di pertengahan pertandingan, mental saya sudah penat dan saya hampir putus asa, sampai sewaktu saya nyanyi di sesi latihan, Tok Ram cakap 'Eh kau! Kalau nyanyian kau macam gini, esok kau terkeluar tau!'
"Kalau boleh jangan kita sakit. Suara adalah keutamaan pertama kita di dalam pertandingan. Saya tak lepas makan supplemen. Itu paling penting. Fizikal, mental dan persiapan.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat saya di Singapura. Mereka amat bersatu hati lah. Saya rasa amat terharu sangat. Bila saya pulang balik ke Singapura pun, mereka sambut saya dengan macam sudah menang Olimpik! Alhamdulillah, saya rasa berbesar hati. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Singapura yang menyokong saya sepanjang 12 minggu - daripada minggu pertama sampai minggu akhir yang tidak dapat tiket semua. Ada yang DM saya dan sebagainya. Saya terlalu banyak DM yang saya tak dapat baca. Jadi saya minta maaf banyak-banyak. Saya akan membuat persembahan di Singapura tak lama lagi. Jadi kita jumpa di sana! Sokonglah saya! Selepas ini bukan tamat garisan, saya akan terus berjuang dan memberikan yang terbaik. Terima kasih banyak-banyak.
AURA SHAI: "Terima kasih Iskandar Ismail. Tahniah sekali lagi. Terima kasih juga kepada Murshid. Kita doakan kejayaan Eiss melebarkan sayap di seberang. Semoga semakin disenangi peminat-peminat di Singapura dan juga di seberang. Dan semakin banyak lagu yang bakal dihasilkan!
Iskandar Ismail kekal merendah diri. Ini dia, juara GV 12 - Iskandar Ismail!"

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.