BERITA+ HTHT: Dua dekad selepas anugerah: Di mana mereka sekarang?
Anugerah, peraduan nyanyian di Suria, telah melahirkan banyak bakat seperti Hyrul Anuar, Syed Azmir, dan Fauzie Laily.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anugerah, peraduan nyanyian di Suria, telah melahirkan banyak bakat seperti Hyrul Anuar, Syed Azmir, dan Fauzie Laily.
Kini, setelah dua dekad sejak kemenangan mereka dalam edisi 2025, ketiga-tiga mereka terus memeriahkan dunia hiburan televisyen setempat.
Bagaimanakah perjalanan mereka, termasuk pencapaian, kegagalan, serta penyesalan yang dilalui?
Berikut, wawancara mereka bersama Syawal Yusoff dalam BERITA+ HTHT.
KONSISTENSI DALAM KERJAYA KUNCI DAYA TAHAN DALAM INDUSTRI
SYAWAL: "Selamat datang ke BERITA+ HTHT, abang-abang Anugerah kita. Jadi Hyrul Anuar sebagai pemenang Anugerah 2005, ada pihak menyifatkan anda kurang memiliki mutu seorang bintang atau faktor X."
HYRUL ANUAR: "Selepas 20 tahun, banyak yang kita belajar, bukan? Kalau orang ada mutu bintang pun di Singapura pun tidak dapat layanan untuk seorang bintang. Perkara yang pada saya agak sementara sahaja. Disiplin dan konsisten dalam pekerjaan, keperibadian dan juga sikap bekerja yang tidak menyusahkan orang, itu yang penting sekali lah untuk kita sentiasa kekal relevan dalam industri. Dan bagaimana seseorang itu dapat memberikan sumbangan kepada industri pada jangka panjang. Walaupun industri kita kecil, tetapi kita ada ramai sekali orang yang berbakat dan ramai sekali yang ingin menyumbangkan tenaga dan kreativiti kepada industri, bukan?"
SYAWAL: "Di sebalik kritikan ini semua, Hyrul masih bertahan sehingga ke hari ini."
HYRUL ANUAR: "Saya bermula dalam industri ini sebenarnya berbekalkan dengan ilmu dan pengetahuan dalam bidang media. Sebab itu apa yang saya pelajari di sekolah. Itulah visi saya dan misi saya. Harus ada sikap sentiasa ingin tahu dan sentiasa ingin kembangkan lagi bakat yang saya ada. Sebab itulah saya juga merasa sangat beruntung sekali diberi peluang untuk menjadi pengadil bagi Juara Mic Junior, bagi Berani Nyanyi, banyak terlibat dalam kerja-kerja di belakang tabir, sebagai penulis skrip. Sebenarnya ini sudah tahun ke-10 saya menulis. Seperti rancangan Warna Ramadan. Kemudian, ada juga kesinambungan daripada rancangan Berani Nyanyi dan Kaki Nyanyi, dan kita ada Berani Lakon. Pencapaian besar bagi saya."

TIKET EMAS DAN KONTRAK ALBUM DENGAN SYARIKAT AJAI
SYAWAL: "Syed Azmir pula pemenang kedua yang malah mendapat tiket emas dari Anugerah serta kontrak rakaman dengan syarikat komposer Ajai. Adakah anda berjaya tembusi pasaran Singapura dan Malaysia ketika itu?"
SYED AZMIR: "Hendak katakan kalau saya dapat tembus pasaran Malaysia atau Singapura, Singapura pada waktu itu sudah bukan tembus lagi, sudah terus menyinar sejak Anugerah lagi, sebab sokongan yang diberikan dan impak yang kita berikan pada stesen TV pada waktu itu. Apabila saya pergi ke Malaysia, agak sukar - tahun 2007 - mungkin mereka belum bersedia untuk terima bakat-bakat dari Singapura. Saya masih ingat lagi waktu pelancaran album saya, setengah daripada wartawan keluar daripada sidang media itu.
"Selepas setahun dua di sana, dan saya sudah lebih akrab dengan wartawan di sana, kebetulan pernah dapat duduk semeja dengan mereka, maka ‘Saya hendak tanyalah kan, sekarang yang kita sudah jadi kawan ini, kenapa korang keluar waktu sidang media saya?’ Mereka cakap, ‘Oh Azmir, jangan tersinggung, tetapi saya rasa bakat-bakat Singapura ini agak mencabar bakat-bakat kami'. Saya fikir, mungkin cara kita berpakaian, bercakap, kita punya bunyi, agak lain. Mungkin itu adalah sesuatu yang segar untuk rakyat Malaysia. Jadi mereka cuma hendak melindungi bakat-bakat mereka. Dan saya hormati itu.
"Pada waktu itu saya sudah dapat banyak persembahan. Tiap-tiap minggu ada persembahan. Sesuatu yang saya tidak dapat di Singapura. Pendapatan pun lebih mantap dibandingkan dengan Singapura. Saya dapat banyak tawaran berlakon, mengacarakan acara permainan, kemudian berlaku suatu tragedi dan saya buat keputusan untuk pulang ke Singapura."
SYAWAL: "Tetapi selepas Malaysia, anda menyepi untuk beberapa tahun."
SYED AZMIR: "Pada waktu itu pun, umur saya sudah meningkat, saya hendak membina keluarga. Jadi saya memutuskan untuk kembali kepada bola sepak. Yang tujuh, lapan tahun saya menghilang itu, sebenarnya saya ambil kursus jurulatih bolasepak dan fokus kepada kerjaya saya. Selepas tujuh, lapan tahun itu saya kembali buat persembahan dengan Hyrul, Fauzie, kita bina IMBS. Saya dapat berlakon di Saluran Five, siri drama ‘Kin’.
"Akan tetapi, saya dapati yang ia memberi tekanan kepada kerjaya saya yang membayar gaji saya tiap-tiap bulan. Jadi, mana yang lebih penting? Kerja-kerja yang setakat satu kali, dua kali ataupun kerjaya yang tetap yang akan memberi saya gaji bulanan yang stabil tiap-tiap bulan? Jadi saya memilih itu lah, pasal saya hendak beli rumah, sudah ada isteri, saya sudah ada anak. Jadi itu lah yang penting untuk saya.
"Popular itu sementara sahaja, seperti Hyrul cakap. Kita harus disiplin dan untuk kekal relevan sampai tahun ini yang awak duduk di sini interviu kita ini, dianggap kita ada buat benda yang betul lah. Untuk kekal relevan hingga 20 tahun ini. Sampai hari ini, alhamdulillah kita jumpa orang-orang yang nampak kita masih berkata, ‘Alamak kita rindu kerja dengan korang!’ Itu sesuatu yang saya fikir harus dinasihatkan kepada generasi-generasi baru yang ingin menjadi seorang bintang. Ia bukan tentang bakat sahaja, tetapi mental dan juga disiplin dan menghormati orang."

TRANSFORMASI SEORANG 'NERD' KEPADA PERSONALITI BERBILANG BAKAT
SYAWAL: "Fauzie Laily, kita teruskan dengan anda pula. Zaman-zaman Anugerah, anda digelar sebagai ‘nerd’. Tetapi lihat anda sekarang - berjaya menembusi Saluran 5, anda aktif di Suria, sangat berbakat!"
FAUZIE LAILY: "Sebenarnya tidak pernah terfikir yang saya ini berbakat. Bermula kerjaya saya ini ketika saya masih bersekolah di Politeknik Temasek. Jadi tidak pernah terfikir yang saya akan ada kerjaya dalam bidang hiburan ini bukan? Buatlah pengacara, berlakon, nyanyi. Macam mana kita hendak kekal relevan itu? Ia tidak mudah. Lagi-lagi di Singapura ini tidak ramai yang boleh berkata yang 'saya lakukan kerjaya sebagai seorang artis ini sepenuh masa'. Sebab memang susah. Sebab itu saya pun bila diberi peluang untuk mengacara dan berlakon, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh. Saya tidak ada pengalaman dalam bidang-bidang ini semua. Saya cuma suka menyanyi.
"Perubahan dalam industri, kita kena peka sebab, sebagai contoh, saya seorang penyanyi ataupun pelakon ataupun pengacara. Ia berubah. Setiap tahun berubah. Ada sahaja perubahan dari segi penyampaian ke dari segi konsep, dari segi format. Bila kita bermula, tidak ada media sosial. Sekarang media sosial itu paling utama. Jadi kita kena sesuaikan diri. Tidak boleh jadi bodoh sombong. Sebab kadang-kadang kita ingat macam kita sudah buat ini kita sudah menang ini, kita sudah menang itu, maka kita sudah tahu semuanya. Tidak! Apa yang mungkin buat saya bertahan setakat ini ialah sebab saya selalu ingatkan diri saya yang saya bukan yang terbaik. Jadi apabila saya dapat pengalaman bekerjasama dengan orang-orang yang sudah lama bekerja ataupun lebih pengalaman, saya timba ilmu, timba ilmu, timba ilmu."
SYAWAL: "Anda pernah bernaung di bawah syarikat KRU Records eh?"
FAUZIE: "Sebenarnya saya cuma dapat rakam satu 'single' dengan mereka, sejurus selepas Anugerah berakhir, pada tahun 2005, permulaan 2006 begitu. Selepas itu saya masuk NS (Perkhdmatan Negara). Kalau anda ingin ada kerjaya di Malaysia, anda harus berpusat di situ. Jadi saya tidak ada peluang itu. Saya bersyukur pada waktu itu walaupun saya masih dalam perkhidmatan negara, saya masih lagi buat pengacaraan. Saya ingat lagi, setiap hari Selasa saya diberikan kelepasan sedikit untuk mengacarakan Anugerah 2007."
SYAWAL: "Tetapi bagaimanapun, anda bertiga masing-masing ada rezeki dan haluan anda sendiri, bukan?"
SYED AZMIR: "Ya, itulah platform yang diberikan untuk kita bertiga. Apa yang terjadi lepas itu adalah kerja keras sendiri."
FAUZIE: "Apabila kita bermula, kita semua mentah, kan?"
SYED AZMIR: "Mereka jangka kami akan belajar dan setiap kali buat persembahan, kami mesti boleh berfikir secara spontan. Dan kita tahu setiap kali kita buat persembahan, kita harus cemerlang. Walaupun tiada orang yang mengajar."
HYRUL ANUAR: "Kalau kita balik kepada 20 tahun lalu, bukan? Bila masa Anugerah Boys itu, serentak dengan bermulanya industri Melayu tempatan memberikan fokus kepada muzik Melayu tempatan, dan masih tercari-cari bagaimana untuk menguruskan kita. Sebab masa itu belum lagi ada artis yang membuat 'roadshow' atau jerayawara dan sebagainya."

ALAMI EVOLUSI MUZIK DAN RAIH KEJAYAAN PERTAMA
SYAWAL: "Anugerah 2005 memperkenalkan anda bertiga ke dunia hiburan tempatan. Dan anda juga pelopor. Jadi, bagaimana dengan perkembangan dan pencapaian anda bertiga sejak 2005?"
HYRUL: "Saya sentiasa mengeluarkan lagu-lagu baru. Beruntung sebab kami melalui evolusi muzik daripada fizikal kepada digital dan mungkin pada masa itu tidak ramai orang tahu bagaimana untuk menggunakan platform penstriman muzik dan sebagainya. Saya ada cuba pengacaraan juga, ada lakonan juga. Dan daripada situ juga saya dapat mengembangkan lagi keupayaan saya untuk bertahan dalam industri ni."
SYED AZMIR: Pencapaian - kami memeriahkan lagi stesen TV pada waktu itu. Dapat buat 'roadshow' yang ramai orang datang sampai penuh pusat berbelanja Easpoint, Orchard, IMM. Orang kejar kita dalam bas - itu adalah satu pencapaian, sebab itu adalah satu perkara yang tidak berlaku pada waktu itu. Selepas itu,kami lancarkan DVD yang setiap kali rilis, semua 'sold out', bila kami 'restock' atau ulangi pengeluaran, pun habis laris terjual semuanya! Kami juga adalah artis tempatan pertama yang membuat konsert di Max Pavillion, dan 'sold out' juga! Maka, itu adalah pencapaian besar, pada waktu itu - tahun 2006.
"Satu lagi, untuk menjadi seorang penyanyi yang popular tanpa media sosial, itu juga adalah pencapaian besar pada sayam kalau dibandingkan dengan sekarang. Bagi saya secara peribadi, apabila dapat pergi ke Malaysia, itu adalah satu pencapaian. Dapat rilis album di bawah penerbitan Ajai adalah satu pencapaian, dapat nominasi untuk Anugerah Planet Muzik adalah satu pencapaian, dapat buat persembahan di London, dapat buat persembahan untuk Tourism Malaysia, untuk buat persembahan untuk Miss World Malaysia, lagu saya dinominasikan di Pesta Perdana, itu semua adalah pencapaian di atas kerja keras, 'off and on' kerjaya saya sebagai seorang penyanyi lah."
FAUZIE LAILY: "Saya pula cukup berbangga yang pihak BERITA masih mengingati yang ok, tahun ini tepat 20 tahun selepas apa yang kami lakukan. Maksudnya itu, masih ada lagi orang yang ingat tentang apa yang telah kami lakukan untuk industri kita. Jadi, itu paling penting untuk saya.
LANDSKAP HIBURAN TEMPATAN PERLUKAN PENCETUS TREND
"Landskap industri hiburan kita ini sudah berubah. Jadi saya masih menunggu Singapura sebagai pusat hiburan untuk menjadi pencetus trend, dan bukan lagi sebagai pengikut. Kita tidak banyak memulakan sesuatu yang segar ataupun yang baharu. Jadi, kita kena berani untuk cuba mencipta produk sendiri. Apabila kita sampai ke tahap itu, saya rasa Singapura boleh berkembang."
SYED AZMIR: "Di Singapura, stesen TV cuma satu, tawaran kerja tidak banyak, artis tempatan ramai. Banyak bakat-bakat di luar sana yang mungkin tidak dapat peluang untuk buat persembahan secara langsung atau 'LIVE'. Buat persembahan secara LIVE di luar dan LIVE di TV lain eh. Buat persembahan LIVE di TV boleh menggigil, sebab ia LIVE, tiada ruang untuk buat kesilapan! Dan kita dibesarkan di saluran TV."
SYAWAL: "Anugerah musim 2005 ini paling ikonik. Orang ingat kerana empat jejaka yang cukup popular. Hyrul Anuar, Fauzie Laily, Khairil Yusoff dan Syed Azmir. Saya fikir anda pencetus fenomena!"
SYED AZMIR: "Bersyukurlah yang kita dapat memberikan impak dalam hidup mereka pada waktu itu."
HYRUL ANUAR: "20 tahun lalu itu, juga bermulanya kita lihat Singapura ada banyak kelab peminat. Kita amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang bertungkus-lumus memberi sokongan."
FAUZIE LAILY: "Pada umur yang hampir mencecah 40 tahun ini, alhamdulillah saya baharu sahaja diberikan peluang untuk berlakon dalam sebuah filem di Malaysia yang akan keluar pada tahun ini insyaa’Allah. Dan saya masih lagi seorang artis sepenuh masa di Singapura selama 20 tahun."
HYRUL ANUAR: "Misi saya adalah untuk terus memberi sumbangan kepada industri kita dan memberikan inspirasi lah bagi generasi pelapis seterusnya."
SYAWAL: "Kalau dapat peluang masuk Gegar Vaganza (GV), nak tak?"
FAUZIE LAILY: "Hendak dapatkan kita bertiga untuk interviu ini sahaja sudah susah. Macam mana hendak cari masa untuk GV?"
SYED AZMIR: "Pernah juga kawan-kawan tanya apasal korang tidak masuk GV secara berkumpulan atau individu? Hendak tinggalkan ke kerjaya sepenuh masa yang stabil untuk setakat pergi GV, setakat tiga minggu? Kalau tersingkir? Hendak patah balik, kerja itu masih adakah? Faham maksud saya? Banyak faktor yang harus difikirkan."
SYAWAL: "Terima kasih kepada Khairul Fauzi dan Azmir kerana bersama kita untuk BERITA+ HTHT dan kami sentiasa mendoakan kejayaan anda bertiga."

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.