BERITA+: HTHT Bersama Siti Nurhaliza
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setelah mencipta nama sebagai penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza kini berjaya membina sebuah empayar perniagaan dengan jenama sendiri.
BERITA Mediacorp mendapat wawancara eksklusif bersama Siti ketika beliau berada di Singapura untuk satu acara bertemu peminat anjuran syarikat Deen Dunya pada Ahad (29 Okt).
Siti berbicara dari Hati ke Hati (HTHT) bersama Syawal Yusoff tentang konsep album SITISM, kritikan terhadap suaranya, rancangan perniagaan serta kerja-kerja kebajikan Yayasan Nurjiwa.
SENTUHAN BAHARU ALBUM SITISM
SYAWAL YUSOFF: "Album Sitism bersifat hibrid dan futuristik. Adakah ini usaha untuk mengubah pandangan peminat yang sudah lama terjerat dalam percintaan dengan era Siti yang lalu dan menarik peminat baharu?
SITI NURHALIZA: "Dari segi konsep album ataupun muzik nyanyian saya dalam album ini, saya tidak berubah banyak. Saya masih mengekalkan Siti Nurhaliza yang orang kenali dengan lenggok dia, dengan lagu-lagu cinta. Album Sitism ini, luaran dia adalah menggunakan teknologi, kami ikut pada teknologi yang semakin canggih.Dan saya juga mencuba selera anak-anak muda sekarang,bekerjasama dengan komposer-komposer baharu yang segar.
SUARA TIDAK SEMERDU DAHULU?
SYAWAL YUSOFF: "Ada kritikan yang mengatakan suara Siti sudah tidak semerdu dahulu. Apa pandangan anda?"
SITI NURHALIZA: "Saya belajar banyak perkara dalam industri muzik ini, bagaimana vokal seseorang itu akan jadi matang. Sekarang lebih bass dan lebih tebal. Saya lebih sukakan suara saya yang sekarang. Dulu saya menyanyi, saya akui, saya menyanyi dengan tanpa orang kata teknik. Komposer itu bagi nada tinggi, saya mesti capai nada tinggi itu tanpa adanya, orang kata, kelembutan, dia punya ada lenggok, kelembutan itu maknanya "feel".
SIAPA LAYAK AMBIL ALIH TAHTA PENYANYI NOMBOR SATU M'SIA?
SYAWAL YUSOFF: "Siapakah agaknya yang boleh menggantikan takhta (anda) sebagai penyanyi nombor satu Malaysia?"
SITI NURHALIZA: "Alif Syukri ke? Usik dia. Dalam diri saya, tidak pernah pun saya tempatkan diri saya di tangga pertama. Dan tidak penting pun sebab bagi saya, kerja keras, berkualiti, peminat saya berpuas hati, saya buat orang bahagia, itu lebih menggembirakan saya.

"Saya akui, saya tidak belajar muzik, saya tidak belajar vokal, saya tidak pandai main alat muzik. Saya ada irama dalam diri saya. Aina Abdul, Ernie Zakri, Nadeera, saya memang kagum dengan kebolehan mereka sebab mereka memang belajar. Jadi, sekarang ini siapa-siapa pun boleh berada daripada tahap yang mereka inginkan, nombor satu ke?"
INGIN BIMBING USAHAWAN BAHARU
SYAWAL YUSOFF: "Pencapaian anda sangat luar biasa dalam dunia hiburan dan anda juga sudah bina empayar perniagaan. Jadi apakah perancangan seterusnya?
SITI NURHALIZA: "Kita sudah mulakan "people business". Maknanya saya mengumpul ataupun mengajak peminat saya, seperti suri rumah tangga, pelajar yang mahu cari pendapatan yang menampung kehidupan mereka. Alhamdulillah, kami sudah bantu ramai juga.
SYAWAL YUSOFF: "Jadi inspirasi bagi mereka juga?"
SITI NURHALIZA: "Ya, sebab saya mahu mereka lihat saya ini, memang realitinya saya bukan sahaja menyanyi, menghiburkan orang tapi saya juga adalah seorang usahawan wanita."
YAYASAN NURJIWA TUBUH SEKOLAH DI GAZA
SYAWAL YUSOFF: "Anda seorang dermawan. Apakah isu yang dekat dengan hati anda sekarang? "
SITI NURHALIZA: "Tabung Yayasan Nurjiwa membantu mereka yang dalam kesusahan. Mangsa-mangsa banjir. Kita juga ada membantu untuk pembinaan masjid serta golongan-golongan daif di Malaysia.
"Saya juga mempunyai sekolah di Gaza. Wakil saya di sana adalah Dr Mohanad, kenalan suami saya. Kami letakkan nama anak saya, Afwa dan Afiyah. Ditubuhkan daripada 2021 sampailah krisis berlaku. Saya adalah orang yang paling takut, paling berdebar masa sekarang ini. Saya berdoa setiap masa. Setiap dalam sujud saya, sekolah itu janganlah dibom dan agar Dr Mohanad juga dilindungi sebab dialah orang yang menjadi harapan saya untuk membantu penduduk di sekitar sekolah saya itu, penduduk Gaza, untuk kita bagi bantuan.
SYAWAL YUSOFF: "Apakah mungkin yang kita boleh jangkakan daripada anda untuk 2024?"
SITI NURHALIZA: "Ramai yang minta saya untuk buat konsert. Saya pun sedang buat perancangan untuk saya rasa tahun depan mungkin boleh jadi kenyataan. Saya masih dalam perbincangan dengan penaja yang mahu bekerjasama dengan saya. Semestinya perniagaan saya, saya mahu kembangkan lagi. Kalau boleh bukan sahaja di Malaysia dan Singapura. Kalau boleh lebih lagi luas pemasarannya.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.