BERITA+: HTHT Bersama Hetty Koes Endang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sepanjang kerjaya selama 53 tahun, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang telah merakamkan 1,600 buah lagu untuk 153 album.
Beliau berkongsi perjalanan seninya serta rancangan masa depannya dalam wawancara BERITA+: HTHT bersama Rosli A Razak.
LEBIH 5 DEKAD DALAM DUNIA HIBURAN
ROSLI: "Jika orang bertanya faktor yang menyumbang kepada puncak kerjaya sebagai penyanyi atau penghibur, apa jawapan anda?"
HETTY: "Tentunya mencintai dulu dunia tarik suara. Bidang apa pun, kita harus nikmati. Kita harus cinta dan harus fokus.
ROSLI: "Bagaimana pula dengan bakat?"
HETTY: "Kalau bakat ini, kita ini sebetulnya keluarga seniman. Keluarga seniman itu ada darah seni. Kalau kita bisa darah seni, ayah itu juga suka nyanyi, terus ibu itu suka tari. adi memang darah seni itu memang sangat melekat di anak-anak ayah dan ibu. Tapi di dunia tarik suara. Memang semua keluarga Bunda ini suka nyanyi. Bagus-bagus suaranya. Ada yang warnanya seperti Broery, ada yang warnanya seperti Ebiet G. Ade.
ROSLI: "Repertoir anda termasuk pop, keroncong, dangdut. Yang mana satu identiti anda?"
HETTY: "Bunda ini lebih kepada serba boleh. Ada yang selera dangdut, ada yang selera pop, ada yang selera rok. Jadi kalau boleh Hetty Koes Endang di mana-mana."
ROSLI: "Tapi yang mana satu yang paling orang ingat Bunda?"
HETTY: Keroncong tipikal adalah Indonesia punya, ya? Jadi Bunda ingin melihat, ingin memberikan satu tips kepada anak-anak muda yang identiti bahawa, “oh, keroncong ini untuk orang-orang tua. Tidak, untuk apa? Mengantuk dengar keroncong. Bunda rakam kembali yang mungkin tadinya dinyanyikan oleh penyanyi pop yang aslinya tidak begitu popular. Ternyata setelah Bunda rakam dengan versi keroncong, masyaAllah. ‘Kasih, dengarlah hatiku berkata.’ Itu aslinya bukan keroncong, itu bossanova. Sudah sampai 33 tahun masih dicintai sampai saat ini.
Sehingga sekarang ini Bunda selalu dibilang penyanyi keroncong, ya silakan.
RELEVAN PADA GENERASI MUDA
ROSLI: "Adakah Bunda rasa masih relevan kepada anak-anak muda, generasi muda di Indonesia?"
HETTY: "Kita rezeki kita tidak tahu ya. Tapi contoh, "Berdiri Bulu Romaku", sampai detik ini mereka suka dengan lagu itu. Apa lagi pada saat Bunda nyanyi dengan celotehan Bunda yang berdiri bulu romaku. 'Eh, ayuh, kenapa jatuh?' Akhirnya jadi viral. "
ROSLI: "Hanya segelintir saja artis Malaysia yang boleh tembus pasaran Indonesia. Mengapa?"
HETTY: "Baik. Banyak sekali pertanyaan itu kepada Bunda. Jangan hanya tiba-tiba datang. Harus ada pasukan atau masuk label Indonesia begitu. Kita mahu masuk ke rumah orang, tentu harus, harus tahu selera yang punya rumah.
Dan harus mempunyai seperti produser."
KONGSI PENGALAMAN
ROSLI: Anda dikatakan antara juri yang paling cerewet? Menurut anda, mengapa penyanyi generasi baru ini harus mendengar nasihat anda?
HETTY: Bunda ini sudah pengalamannya luar negeri, sudah sampai ke Amerika. Jadi sudah sertai pertandingan, sudah faham. Bunda bukan cikgu. Bunda tidak mengajar. Kongsi pengalaman Bunda 53 tahun di panggung, di dunia pertandingan itu harus bagaimana."
RAKAM LAGU TERBARU
ROSLI: Ada tidak usaha untuk mungkin menawarkan pilihan lagu yang lebih sesuai menepati citarasa anak-anak muda sekarang ini?
HETTY: "Lagu Buih (Jadi) Permadani, Bunda tukar dengan gaya Bunda. Susunannya Bunda ubah dengan gaya Bunda yang sudah usia 66 tahun ini. Baharu dua minggu sudah mencapai 200 ribu yang tonton. Jadi Alhamdulillah kan? Kerana Bunda sudah lama tidak rakam suara."
RANCANGAN MASA HADAPAN
ROSLI: Kalau akhirnya berkata bahawa sudah cukup, saya tidak mahu bernyanyi lagi atau ^tidak mahu menjadi juri dan sebagainya. Mungkin apa yang perkara yang Bunda ingin diingati sebagai individu?
HETTY: Semua sudah. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki, memberikan kesihatan di usia 66 tahun ^masih boleh menghibur peminat-peminat Bunda. Apa lagi Hetty Koes Endang yang dicari? Bunda kembali lagi rutin olahraga, kembali lagi rutin dengan kelas vokal.
Bunda masih kelas vokal. Sampai saat ini, Bunda beritahu jurulatih, malu tidak? Tidak! Bunda tidak. Usia sekarang ini kita sudah kaku ya. Harus. Dan Bunda tidak malu. Bunda.
Sekarang Bunda gembira ada resort, Bunda sudah 30 tahun bisnis Bunda. Mahu itu apa lagi? Anak-anak sudah pada nikah, tinggal cucu, tinggal Bunda sama suami.
Nikmati masa tua kita di kampung,rumah besar di kota kita tinggalkan. Apa? Nyaman. Ini tenang, titik. Jangan, jangan apa ya, mencari itu, sudah. Tidak ada habis-habisnya. Mahu sampai bila Hetty Koes Endang mencari? Tidak."

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.