BERITA+: Hidup Pop Yeh Yeh! Tarik pemuzik dan peminat muda
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan pertengahan usia mungkin masih ingat lagi lagu 'Suzanna' dendangan seniman M. Osman.
Lagu yang dihasilkan pada 1964 itu adalah lagu Pop Yeh Yeh tempatan pertama yang dihasilkan.
'Suzanna' yang menggabungkan irama Melayu dan rentak yang dipopularkan oleh kumpulan The Beatles itu dikatakan telah mencetus fenomena muzik Pop Yeh Yeh di Singapura dan Malaysia sehingga 1971.
Penyanyi-penyanyi Pop Yeh Yeh terkenal pada waktu itu termasuk A. Ramlie, Fatimah M. Amin, A. Rahman Onn, Jeffrey Din dan ramai lagi.
POP YEH YEH HIDUP KEMBALI
Kini muzik Pop Yeh Yeh bangkit semula dengan nafas baharu didorong pengaruh retro era 1960-an yang menarik pemuzik muda yang mahukan kelainan.
Muzik yang mereka mainkan banyak dipengaruhi muzik seniman seperti P Ramlee, Jeffrydin, the Swallows, Beatles Rolling Stones dan banyak lagi.
Salah satu kumpulan itu adalah kugiran The Pinholes yang aktif sejak tahun 2002.
Bermula dengan lagu-lagu Inggeris, The Pinholes mula merakamkan EP lagu Melayu pertama pada 2017.
Kumpulan MASDO yang muncul di seberang tambak pada 2015 juga mempopularkan kembali genre Pop Yeh Yeh.
Kini band-band baharu seperti The Purnamas dan Shirly Temple yang popular dalam kalangan peminat muzik Indie mencetuskan minat golongan muda dalam Pop Yeh Yeh.

"Pengaruh daripada muzik di majlis-majlis perkahwinan. Kami nampak ada datuk-datuk, nenek-nenek masih nyanyi lagu-lagu 60-an, Jeffrydin, A. Ramlie. Kami dapat tahu yang Singapura ini tidak ada band-band 60-an lagi kecuali satu band legenda iaitu The Pinholes. Tetapi mereka mungkin lebih ke genre Rock and Roll. Jadi kita ingin kembalikan nostalgia zaman datuk moyang kita, tetapi yang diperbaharui melalui cara mungkin menambah elemen funk atau soul" kongsi ketua kumpulan The Purnamas, Muhammad Hyqal Mohd Azman.
Ketua kumpulan Shirly Temple, Abdul Malik Abdul Muttalib pula berkata: "Kugiran The Pinholes sudah lama dalam senario indie atau kugiran bebas - yang bergerak sendiri tanpa label atau syarikat rakaman. The Pinholes main Rock and Roll dan Pop Yeh Yeh. Jadi mereka adalah pengaruh saya. Juga, salah seorang anggota kami, Didi, pemain gitar utama, adalah daripada band Pinholes juga. Singapura juga ada satu band bernama Cashew Chemists. Ia pun mainkan muzik dengan pengaruh ala-ala 60-an, 70-an tetapi sedihnya mereka sudah tiada lagi. Sudah bubar.
"Sewaktu zaman saya masih kecil, ibu bapa saya selalu mainkan cerita-cerita P. Ramlee, cerita-cerita lama daripada era 60-an. Jadi itu semua adalah pengaruh mengapa bentuknya jadi Shirly Temple."
Jadi, apakah perbezaan antara Pop Yeh Yeh dengan Rock n Roll?
"Pertama, bahasanya. Lagi satu, tempo muziknya sedikit berbeza, di mana saya rasa Pop Yeh Yeh itu lebih kepada rentak Swing, lagu untuk berjoget. Nama Pop Yeh Yeh itu sebenarnya diambil dari lagu The Beatles, 'She Loves You. Yeah Yeah’. Jadi di belakang ada 'Yeh Yeh'. Di situlah mereka letakkan nama Pop Yeh Yeh. Mungkin zaman datuk nenek kita itu, genre muziknya masih pop. Jadi mereka letaklah 'Yeh Yeh' di belakang," jelas Hyqal dari The Purnamas,

Menariknya, anggota kedua-dua kumpulan The Purnamas dan Shirly Temple berusia antara 20 hingga 30 tahun.
"Yang lama itu berharga. Seperti benda-benda lama yang kadang-kala apabila kita merasa nostalgia, ia ada satu perasaan yang luar biasa. Walaupun era-era itu saya belum lahir lagi tetapi mendengar cerita daripada pakcik-pakcik saya tentang zaman itu membuat saya merasa lebih ingin tahu tentang apa yang terjadi di era-era tersebut," kata Abdul Malik dari kumpulan Shirly Temple.
Bagi pemimpin The Purnamas pula, "Tarikan muzik Pop Yeh Yeh tentu sekali pada petikan gitarnya. Bunyinya sedikit rancak. Saya lebih suka lagu-lagu yang merdu, lagu yang senang didengar. Boleh dengar genderang. Saya hendak lihat penonton kita boleh menari sama."
LAGU POP YEH YEH BERI KEPUASAN KEPADA PEMUZIK MUDA
Seperti kebanyakan band masa kini, Shirly Temple yang bermula memainkan lagu Inggeris kini muncul dengan lagu Melayu pertama berjudul 'Angkasa'.
Lagu itu dimuatkan di dalam album penuh mereka 'Solitary Samurai' yang diterbitkan pada Januari lalu .
"Bagaimana P. Ramlee tulis lagu, ayat-ayat perkataan yang Allahyarham pakai. Jadi, nuansa linguistiknya ada keunikan tersendiri berbanding lagu Inggeris. Juga untuk mengekalkan budaya kita. Saya bangga jadi orang Melayu. Lagu Melayu kebanyakannya, lebih-lebih lagi pada Pop Yeh Yeh, melodinya selalu mendayu-dayu.
"Peminat dari Malaysia pernah menghubungi kami bertanyakan adakah kami akan buat lagu dalam album penuh dalam bahasa Melayu? Kami terpegun dengan penerimaan orang ramai" jelas Abdul Malik.
LAGU MELAYU SULUNG SHIRLY TEMPLE DTERIMA BAIK
'Angkasa' adalah lagu keempat daripada album itu yang paling dimainkan pendengar di platform penstriman Spotify.
"Kami ada lagi 10 sampai 12 lagu Melayu yang sudah kami tulis. Kalau penerimaannya bagus, kami akan tulis dan terus rakam album penuh lagu-lagu Melayu."
The Purnamas pula sedang merakam album penuh Melayu pertama setelah menghasilkan lima 'single'.
Ini selepas single sulung mereka itu meraih 22,000 penstriman di Spotify.
"Tahun 2018, kami hasilkan single pertama kami, lagu yang bertajuk 'Dia'. Single kedua, lagu yang bertajuk 'Mas Ayu'. Bunyiannya dengan genderang sedikit keras kerana kami mahu fokus kepada anak-anak muda zaman sekarang. Jadi kalau kami berterusan dengan Pop Yeh Yeh yang 60-an waktu datuk dan nenek moyang kita, mungkin susah sedikit untuk kami dapatkan perhatian", dedah Hyqal.
Tambahnya, beliau dan dua lagi anggota tetap The Purnamas yakni Baban dan Mingo mempunyai kerjaya sepenuh masa.
Mereka meminati muzik Pop Yeh Yeh tanpa mengharapkan populariti.
Malah, mereka malah mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai kos menerbitkan sebuah album penuh.
Bagi Abdul Malik pula, usaha bermain muzik retro sebagai satu aliran melegakan tekanan kehidupan, menjadi lebih serius, apabila mereka sering menerima pesanan-pesanan peminat di media sosial.
"Muzik ini adalah salah satu aliran untuk kita melepaskan stres, kesedihan. Jadi kita tidak serius untuk pasarkan band kita ke luar sana sebab ia macam hobi sahaja untuk kita. Sampai satu hari ini, kami menerima mesej daripada followers kita. Mereka memberitahu 'Saya rasa sedih tapi lagu-lagu anda membuat saya rasa gembira. Mereka kongsi bahawa sudah jadi rutin penting mereka untuk dengar lagu kami dalam perjalanan ke tempat kerja dan pulang ke rumah.
"Kata mereka, Shirly Temple sudah jadi sebahagian rutin hidup mereka! Jadi bila terima mesej-mesej macam itu membuat kami terfikir, 'Hey, kita tak rasa yang kita ini buang masa. Jadi kita sebenarnya buat sesuatu untuk masyarakat. Walaupun tak sebesar macam kita mengubah dunia ke apa tapi ada impak rupanya lagu-lagu kita!"
Abdul Malik juga yakin, fenomena Pop Yeh Yeh yang mewarnai dunia hiburan pada tahun-tahun 60-an akan kembali meletup.
"Ia macam fesyen. Trend memakai seluar jeans ketat yang dipanggil 'skinny jeans' sudah ada sejak dahulu, daripada era kumpulan Beatles. Selepas itu ia menghilang. Kemudian ia datang kembali. Jadi saya percaya genre muzik Pop Yeh Yeh pun satu hari nanti akan diterima-semula lagi oleh khalayak yang malah lebih besar."
Mereka Besar lagi berharap akan mendapat putaran di radio dan menembusi pasaran lebih luas.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.