BERITA+: Cherita Hantu: "Horror Reimagined" gabung elemen berbilang media dan unsur pendidikan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Genre seram sering berjaya menarik perhatian penonton tidak kira bangsa dan peringkat umur.
Namun apakah hasilnya apabila seorang pengarah kreatif diminta memikirkan semula corak pementasan genre itu?
Pengarah pementasan Cherita Hantu: "Horror Reimagined", Hafidz Abdul Rahman menyahut cabaran itu menerapkan pelbagai elemen interaktif penonton bagi pengalaman teater yang luar biasa.
Kolaborasi antara Arts House Limited yang dipentaskan buat tahun ketiga itu menerapkan unsur-unsur pendidikan yang menggalak minat pada sastera tempatan.
ELEMEN BERBILANG MEDIA RANGSANG DERIA PENONTON
Pementasan di bawah program Textures: Horror Reimagined itu diterjemahkan dalam sebuah pementasan yang merangsang berbilang deria penonton, disulami bait-bait pantun.
Ia mewujudkan sekitaran dan suasana paling seram dengan merangsang sensitiviti deria penonton.
Misalnya, bau-bauan bunga kemboja yang mengisi ruang panggung sudah cukup untuk membuat penonton meremang bulu roma.
"Masuk sahaja sudah bau wangi. Selalunya kalau kita berjalan di tempat-tempat yang sepi ataupun pokok besar, baunya itu sudah menunjukkan ada benda, begitu. Jadi, elemen bau-bauan dengan bunyi-bunyian, kena sangat untuk persembahan Cherita Hantu," kata pelakon, Cik Nurijah Sahat.
Setelah rasa seram dibangkitkan, para penonton disuruh pakai penutup mata pula.
"Gimik baharu. Tutup mata. Mungkin hendak memeranjatkan, kerana suasana dengan bau-bauan yang agak menyeramkan juga," kata penonton dari Johor, Malaysia, Encik Hamzah Rasidin.
Sebelum cerita bermula, ramai yang sudah menjerit ketakutan!

Semua itu adalah sebahagian daripada pengalaman berbilang deria yang menjadi tarikan pementasan Cherita Hantu: "Horror Reimagined".
Penulis, Pengarah, Pelakon & Penerbit-Bersama, Cherita Hantu, Hafidz Abdul Rahman menerangkan:
"Selalu penonton kita ini pasif. Saya ingin memberikan pembaharuan kerana ini adalah cerita hantu, cerita seram. Jadi saya ingin mereka sama-sama bersama kita menjalani lima cerita-cerita pendek ini. Jadi saya menggunakan pendekatan berbilang deria itu kerana ia lebih menarik, lebih mengasyikkan untuk penonton."
"Program kami disusun mengikut minat para penonton kami yang semakin berkembang. Tema 'Reimagine' menampilkan program yang membawa pelawat ke dunia di mana perkataan menjadi hidup, seperti Cherita Hantu. Kisah seram adalah genre yang popular. Budaya Asia mempunyai tradisi yang kaya dengan cerita hantu yang, secara umum, menggunakan ketakutan terhadap alam ghaib sebagai metafora untuk kebimbangan yang lebih mendalam, contohnya, kerumitan dalam kehidupan moden, tekanan sosial dan lain-lain," dedah Pengarah Program, Arts House Limited, Cik Sim Wan Hui.
Maka tidak hairanlah apabila genre yang bersifat universal itu turut menarik penonton bukan Melayu.
"Mereka kelihatannya ingin mengetahui lebih banyak. Salah seorang daripada mereka berkata mereka tidak pernah melalui pengalaman teater seperti ini. Jadi kita rasa seperti satu permulaan yang baik untuk mereka," kongsi pelakon muda, Azzy Mozerein.
SEMUA TIKET UNTUK PEMENTASAN 'CHERITA HANTU' HABIS DIJUAL SETIAP TAHUN
Kolaborasi antara Arts House Limited dan pempengaruh Hafidz Rahman itu dipentaskan buat tahun ketiga.
Kesemua tiket habis dijual dalam masa hanya beberapa jam.

"Saya hendak menonton bagaimana persembahan teater di Singapura sini pula. Di sana (Malaysia), teaternya berpanjangan. Macam satu cerita sahaja. Tetapi saya lihat di Singapura lebih menarik. Ada bangsa-bangsa asing datang. Memperkenalkan cerita-cerita hantu orang Melayu, yang berasal dari mana, tentang tempat sebarangan tidak boleh buat kotor, macam mana buatan-buatan sihir yang dikenakan pada badan mangsa yang dia hendak kenakan. Kesakitan-kesakitan apa semua ditunjukkan. Itu yang membuatkan saya lagi seronok menonton. Tidak membosankan," kongsi Encik Hamzah.
Apakah yang menggenggam minat masyarakat Melayu kepada kisah-kisah seram?
"Kita selalu dimomok-momokkan. Dan kita dibesarkan dengan pantang larang. Saya suka bercerita. Jadi apa-apa cerita, saya cuba untuk kongsi. Kebetulan, saya ada podcast 'Berhantu' dan saya rasa kenapa orang suka dengar cerita-cerita hantu adalah kerana mereka suka ditakutkan," kata Encik Hafidz.
Sementara itu, pelakon muda Azzy Mozerein pula mendedahkan, "Cerita hantu adalah kegemaran saya daripada kecil lagi. Saya ada buku. Saya tulis semua cerita-cerita hantu di dalam buku itu. Sudah lama saya hendak lakukan teater seperti ini. Alhamdulillah, saya, gembira kerana dapat melakukannya."
GENRE SERAM DIADUNKAN DENGAN PANTUN
Menurut Encik Hafidz lagi, kesemua lima cerita pendek yang dipentaskan adalah berdasarkan kisah benar.
Bersama tenaga penerbitannya, beliau membayangkan-semula istilah 'seram' dengan meningkatkan rasa tidak pasti dan klaustrofobia, atau rasa takut berada dalam tempat kecil, tertutup atau sesak.
"Ia macam Teater Verbatim. Jadi apa yang orang itu beritahu kita, itulah yang kita letakkan dalam skrip. Dan kita ada pembaharuan kali ini. Yakni, menyertakan pantun bagi setiap cerita. Jadi saya olah pantun-pantun yang asli, rekaan sendiri," jelas Encik Hafidz
"Ramai anak muda yang datang tonton pementasan ini, jadi pantun itu satu idea yang bagus. Pantunnya pun ada mengandungi bahasa-bahasa yang sukar untuk difahami. Jadi mereka belajar sambil menonton," ujar Azzy.

Cherita Hantu dihidupkan melalui penghayatan mendalam lima orang pelakon, termasuk pelakon veteran Nurijah Sahat yang memiliki 30 tahun pengalaman berlakon.
"Hafidz suka beri kami kebebasan untuk mengembangkan watak yang kita lakonkan, sesuai dengan cerita. Watak ibu, watak nenek, kalau tidak pelbagaikan, semua boleh jadi sama sahaja. Jadi saya putuskan untuk buat Babak Satu, mungkin emaknya garang. Babak Kedua, emak juga, tetapi emaknya peramah sangat. Selepas itu, watak nenek. Jadi untuk sedikit kelainan, neneknya itu bercakap telor Jawa. Orang Jawa. Dan yang paling seronok, yang cerita Kali Biru, di mana saya dapat tunjukkan kebolehan untuk berbual dalam bahasa Jawa. Tetapi supaya sahih, saya minta bantuan daripada Om dan Tante saya yang di Jogjakarta", luah Cik Nurijah.
"Pada saya, tidak hanya berdasarkan dialog ya. Cara pemakaian - bila kita kenakan pakaian yang betul, yang sesuai, kita punya penyampaian akan lebih tepat. Contohnya, sesuai dengan baju Jawa cakap Jawa, dengan nenek macam mana? Baju Opah. Dan sebagainya."
Semua itu membuat Encik Hamzah kagum.
"Saya tertarik pada percakapan Jawa itu, kerana nampak berkait betul. Ada nenek yang berumur 130 tahun itu yang boleh menyelam masuk ke dalam badan orang. Anak-anak muda moden kadang tidak tahu apa-apa. Jadi itu satu pengajaran apabila mereka ke tempat-tempat yang mistik atau ke tempat-tempat yang terpencil," kata beliau.
Selain bahasa dan budaya, Cherita Hantu sarat dengan mesej-mesej seperti keluarga, persabahatan, rasa hormat, usah berdendam dan menanggung akibat daripada perbuatan.
"Adegan paling mencabar dan kegemaran saya adalah yang mana saya kena sampuk. Cerita berjudul 'Kekasih' di mana dia putus tunang, lepas itu tunangnya letak pasir di empat penjuru rumahnya kerana marah. Cerita itu seram. Tetapi kata orang, itu realiti," kata Azzy.
Tepukan gemuruh di akhir pementasan adalah petanda para penonton cukup terhibur.
Namun yang lebih bermakna adalah apabila objektif pementasan untuk berkongsi pengajaran tentang dunia seram dan mistik dalam kehidupan moden, tercapai.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.