BERITA+ BERANI LAKON: Rancangan baharu cabar personaliti pelbagai bakat teroka dunia lakonan
Apabila penyanyi, pemuzik, personaliti radio, pencipta kandungan dan atlet dicabar keluar dari zon selesa untuk cuba berlakon, apakah yang dijangka berlaku?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila penyanyi, pemuzik, personaliti radio, pencipta kandungan dan atlet dicabar keluar dari zon selesa untuk cuba berlakon, apakah yang dijangka berlaku?
Hasilnya bukan sekadar pertandingan realiti yang segar dan mendebarkan, tetapi juga peluang melahirkan kolaborasi kreatif serta bakat lakonan baharu di kaca televisyen.

Berita+ meninjau rancangan terbaharu Mediacorp Suria, Berani Lakon!
USAHA MENEMUKAN PARA PELAKON BAHARU BERBILANG BAKAT
Romey Shahadi: Biasa meluahkan perasaan melalui alat muzik gitar.
Siti Khadijah Mohamed Shahrem mengaku hanya tahu mengekspresi diri melalui aksi lasak.
Yusoff Rasid pula sebagai pempengaruh, berkarya melalui konten yang disediakannya.
Namun kali ini masing-masing mencabar diri di luar zon keselesaan mereka.
Apakah yang berlaku apabila ketiga-tiga Romey, Siti Khadijah dan Yusoff dicabar untuk Berani Lakon!?

"Sudah beberapa minggu berlatih. Tapi masih ada gementar dan tak sabar pun ada," akui Romey.
"Susah, ada susah juga. Pertama kali saya jejakkan kaki di dalam industri lakonan ini. Dan ada juga macam rasa takut, gementar," luah Siti Khadijah.
"Kalau saya cakap tak 'darah gemuruh', itu memang bohong. Mencabarlah, sebab skripnya itu sangat membuat saya merasa terdedah," kongsi Yusoff.
Begitulah antara kesan yang diwujudkan pertandingan realiti terbaharu di Mediacorp Suria berjudul Berani Lakon!
Siri sembilan-episod yang bertenaga tinggi ini membina kejayaan daripada siri Berani Nyanyi? yang mencabar personaliti bukan penyanyi untuk cuba bernyanyi.
Berani Lakon! pula mencabar personaliti tempatan untuk meneroka dunia lakonan menerusi cabaran-cabaran yang mendebarkan dan di penghujungnya nanti, menghasilkan bakat-bakat lakonan tempatan baharu.
Bermula 16 Januari, Berani Lakon! merupakan hasil pemikiran kreatif Penerbit Eksekutif, Najip Ali.
"Pertama, saya lakukan ini untuk memberi perangsang kepada para artis. Kita melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak pernah fikir yang dia akan lakukan, boleh lakukan atau impi untuk lakukan. Itu satu tujuan. Kedua adalah, dunia industri kita di Singapura ini kecil. Jadi saya selalu perjuangkan idea kolaborasi adalah sangat penting dalam industri yang kecil ini. Supaya, apabila saya menyatukan orang dari pemuzik ke seorang penari kepada pemain bolasepak kepada seorang penyanyi, bila mereka gabung, saya mengharapkan dengan mengetahui diri sendiri atau mengetahui kawan itu bagaimana mereka bekerja, suatu idea baru boleh tercetus untuk mereka.
"Saya rasa paling kreatif adalah elemen-elemen Berani Nyanyi? yang sangat-sangat menarik, yang segar dahulu, tetap akan berada dalam Berani Lakon!. Jadi orang tetap nak datang, nak tengok kerana perkataan ‘berani’ itu ada. Akan ada banyak elemen yang memberi kejutan, yang akan menjadikan rancangan ini dinamik, menarik dan segar, ujar Najip.

Rancangan tersebut diacarakan oleh Era Farida dan Hafidz Rahman, yang memenangi anugerah Hos Rancangan Hiburan Terbaik untuk Berani Nyanyi? di Pesta Perdana, dan mereka disertai Endang Rahayu, dalam peranan pengacaraan sulungnya.
30 peserta tanpa latar belakang lakonan - antara mereka merupakan pempengaruh, penyanyi, pemuzik, atlet dan cef - bersaing dalam tiga pusingan berperingkat, yang menguji kebolehan mereka di pentas.
Mereka termasuk peserta asing yang menguasai bahasa Melayu, seperti Keisha Sarah Wee, seorang pereka konten kecantikan.
Para peserta akan beraksi di hadapan panel juri ternama yang merangkumi personaliti serba boleh dan pemenang anugerah Sharon Ismail; Sani Hussin - pelakon beranugerah dan aktivis teater, pelakon yang berjaya menembusi pasaran hiburan Malaysia, Hisyam Hamid; serta pelakon-pelakon terkenal Malaysia Sofia Jane dan Sharifah Amani, akan membuat penampilan sebagai juri undangan.
BERANI DEDAH EMOSI - RESIPI HIDUPKAN LAKONAN
Juri tetap, Sharon Ismail menekankan, "Saya inginkan keberanian. Keberanian dari segi menunjukkan emosi. Sebab kadang-kadang ini emosi yang kita mungkin segan nak tunjukkan kepada dunia, kan? Emosi sedih ke, marah ke, malu ke. Sebab inilah keadaan insan. Dan inilah yang akan membuat watak itu betul-betul hidup," ujarnya.
"Selalunya orang tak biasa merasa terdedah, kan? Lagi-lagi kaum Adam. Penulis skrip untuk rancangan ini telah membuat kerja yang baik. Kerja yang baik. Sebab bila saya baca skripnya, saya boleh rasa ia sangat merangkumi apa yang saya ingat, apa yang saya rasa, tentang perhubungan saya dengan bapa saya. Jadi, saya kena cuba yang terbaik. Kena tunjuk kelemahan, tunjukkan emosi saya," jelas Yusoff, peserta Berani Lakon!.
Memberi peluang untuk bukan-pelakon membangun kebolehan menerusi cabaran Berani Lakon! adalah selaras dengan misi berterusan Mediacorp untuk memperkasa bakat tempatan.
"Fir Rahman yang mentor saya, ajar saya. Saya berterima kasih kepadanya kerana membimbing saya dalam Berani Lakon! Memang dari dulu saya ada impian nak jadi pelakon. Cuma tak ada peluang. Jadi inilah satu-satu rezeki, peluang untuk saya," ujar pemuzik, Romey.
Bagi pesilat, Siti Khadijah yang mengaku antara yang susah menghafal skrip, beliau akhirnya menemukan keyakinan diri.
"Rasa takut pasal saya tak pernah berlakon. Saya bukan seorang yang pandai seni. Ya sepanjang umur saya, sepanjang dua tahun saya di dalam silat, saya tahu bertanding sahaja. Cara saya luahkan emosi saya hanyalah melalui perlawanan silat. Saya tak pernah macam ini berbual dan tak pernah naik ke atas pentas sebegini. Jadi ini adalah seperti langkah ke hadapan buat saya."
"Tekanan itu cantik sekali untuk rancangan TV. Gementar, kegugupan.. Yang orang boleh menyanyi, boleh hafal lirik pun, tetapi kalau untuk menghafal skrip, mereka cakap sampai dua tiga hari pun tak boleh dihafal! Jadi masalahnya soalannya macam mana ini? Bolehkah mereka betul-betul menyahut cabaran Berani Lakon? Anda harus nonton, ok?" kongsi penerbit eksekutif, Najip.
PESERTA JALANI MONOLOG & DIALOG UNTUK MARA KE PERINGKAT AKHIR, ATAU DISINGKIRKAN
"Segmen monolog di mana mereka akan menyampaikan cerita tentang diri mereka ataupun peristiwa yang mereka lalui. Dan antara yang tiga itu, akan kami pilih dua untuk mara ke peringkat yang seterusnya, iaitu untuk dialog bersama dengan artis yang mapan di Singapura. Begitulah rancangannya," jelas juri tetap, Sharon Ismail.
Sebanyak dua belas peserta separuh akhir akan bersaing selama tiga minggu bagi merebut tempat ke pentas akhir.
Dua peserta suku akhir yang tersingkir pula akan diberi peluang kedua dalam pertandingan.
PELUANG BERLAKON DALAM DRAMA MEDIACORP BAGI PEMENANG
Selepas setiap episod utama, penonton boleh menikmati Nak Jugak Bersama Pak Jujats, sebuah rancangan digital khas yang diacarakan oleh Najip Ali dan Khairudin Samsudin (yakni kedua-dua Pak Jujats). Dikenali dengan kespontanan tajam dan usikan mesra mereka, Pak Jujats membawa jenaka dan tenaga yang tersendiri ke rancangan utama dan kandungan digitalnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.