BERITA+ ARTIS TEMPATAN BIKIN LAGU: Pilih 'single' atau album, ekonomi mencabar tidak patahkan semangat terus berkarya
Sejak kebelakangan ini, sebilangan artis dan kumpulan tempatan kelihatan melahirkan 'single' atau album.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejak kebelakangan ini, sebilangan artis dan kumpulan tempatan kelihatan melahirkan 'single' atau album.
Suasana ekonomi yang mencabar tidak menghambat bukan sahaja artis rakaman malah artis bebas atau 'indie' untuk terus berkarya.
Wartawan Roslinda Rahmat mencari jawapan di sebalik perkembangan artis-artis tempatan bikin muzik.
BAND 'INDIE' KELUARKAN 'SINGLE'; RAPPER LAHIRKAN ALBUM SULUNG
'Ku Ingin Nombor Kamu' merupakan sebuah lagu yang begitu 'catchy', mudah diikut nyanyi sama, lagi menghiburkan hasil karya pencipta audio siar atau ‘podcaster’ The Bubble Clan baru-baru ini.
Begitu juga dengan penyanyi Hyrul Anuar yang menghasilkan 'single' bertajuk 'Letih' di Youtube.
Sama ada melahirkan 'single' mahupun album, karya-karya kreatif para artis dan band tempatan tentunya memperkaya persada muzik tempatan, serantau dan dunia yang menghargai lagu Melayu.
Turut sama menerbitkan karya mereka adalah kumpulan yang menggelarkan diri mereka The Brown Beatles, yakni The Pinholes - pancaragam yang mula merakam EP Melayu pertama mereka sejak 2017.

EP yang bermakna 'Extended Play' merupakan format muzik yang mempunyai empat sehingga enam trek lagu dan sepanjang 15 hingga 30 minit.
Setelah lapan tahun tidak menerbitkan lagu Melayu, mereka cuba mengubati rindu peminat dengan 'single' mereka Lagu Rindu Nombor Satu.
"Sebenarnya kami nak keluarkan 'single' setelah 10 tahun, tetapi mungkin inspirasi kami datang lebih awal. 'Lagu Rindu No 1' ditujukan dan ditulis khas buat peminat-peminat tegar kami. Jadi ini seperti hadiah, lagu rindu daripada kami untuk mereka," ujar Famie Suliman, Penyanyi, Gitaris Utama dan Ketua Pancaragam, The Pinholes.
Menariknya, sebagai kumpulan 'indie' tempatan, atau kumpulan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, The Pinholes masih mampu terus bergerak bebas selepas 23 tahun, sejak ia ditubuhkan pada tahun 2002.
"Kita belajar daripada zaman 1960-an, 70-an yang suka buat 'single'. Jadi saya rasa buat 'single' itu memang sudah selalunya ada dalam DNA The Pinholes. Masa ini sekarang hanyalah putaran, apa yang berlaku pada tahun 60-an dan 70-an. Ramai penggiat seni dahulu buat 'single', jadi saya rasa sekarang kembali baliklah ke zaman macam itu balik," tambah Famie.
Walaupun bernuansa 60-an, 'single' terbaharu dan lama The Pinholes boleh didapatkan menerusi wadah penstriman seperti Spotify, iTunes, juga YouTube. Apakah ini cara menarik peminat baharu atau golongan muda?
Menurut Famie, "Daripada dahulu sampai sekarang, tujuan The Pinholes hanya untuk mengekspresikan. Mengekspresikan keikhlasan buat lagu sendiri lah. Dan kalau boleh ke arah yang menggembirakan, positif. Tetapi kita tetap bikin seperti apa yang kita bikin 23 tahun yang lepas. Hanya buat lagu dan kongsi apa yang kita gemar untuk penonton kita."
Sementara itu, seorang lagi anggota The Pinholes, yang juga menyanyi dan bermain gitar utama, Hailrul Hanafiah yang lebih mesra dengan panggilan Didi menambah,
"Golongan muda selalunya akan kaji macam, ini band dari mana, The Pinholes lah, ini pakai seragam, rambut macam Beatles, eh lagu pun 'cool'. Ada juga budak-budak yang kata 'Eh abang, saya dapat inspirasi dari abang. Nak buat lagu macam anda semua boleh tak?' Budak umur dalam 15 tahun, 16 tahun pun ada beritahu, 'Abang saya dengar band The Pinholes”. 'Saya minat abanglah, dengan rambut abang yang buatkan teringat saya punya arwah pak cik'. Ok mungkin rambut Beatles kami, itu yang saya pun ada macam terharu dan itu pun memberikan kami semangat untuk buat lagu sampai sekarang," ujar Didi.
SAAT DUNIA BERGOLAK, LAGU TERUS JADI MUZIUM MASA, PENGUBAT JIWA
Artis rakaman yang dikenali memakai kain pelikat di setiap penampilan, AbangSapau pula menghasilkan album sulung, yang melibatkan komposer ALYPH dan Joe Flizzow dari Malaysia.
Album merupakan kumpulan karya yang mengandungi sebanyak enam atau lebih trek lagu dan sepanjang lebih 30 minit keseluruhannya.
Ini berbanding 'single' yang rata-rata mengandungi satu hingga tiga trek lagu dan sependek kurang daripada 30 minit.
"Dalam album terbaharu saya, mesej yang paling penting untuk saya adalah muzik ini atau barang kreatif untuk orang Singapura, sebenarnya kita boleh capai kalau kita nak dan kita ada banyak orang yang secara jujur sangat berbakat di negara ini. Album ini adalah beberapa cerita tentang kehidupan saya membesar dalam keluarga ibu tunggal, pengalaman saya sebagai rakyat Singapura. Dan semua perasaan yang saya rasakan melalui industri kreatif di Singapura," kongsi Penyanyi Rap dan artis rakaman Universal Music Singapore, AbangSapau.

AbangSapau malah sempat membuat konsert mini untuk melancarkan albumnya.
"Saya buat album, bukan ‘single’ kerana sudah beberapa tahun saya sudah keluarkan banyak ‘single’. Zaman sekarang, manusia pun suka kepada keaslian, mereka suka orang yang benar atau autentik. Jadi saya rasa dalam segi kreatif, kalau kita ikut hati kita, orang pun akan rasa," ujar AbangSapau mengenai album sulungnya yang berjudul 'AbangSapau'.
Yang pasti, lagu-lagu baharu terus dihasilkan, sebagai santapan jiwa, terutama pada masa tidak menentu hari ini.
"Pada saya, muzik itu memang boleh mengubati, menghilangkan stres. Kalau saya stres ke apa, kalau dapat jumpa teman-teman, main muzik, stres letak tepi," kongsi Didi.
"Apa juga zaman yang kita sedang lalui, kena ada cerita, dan muzik adalah muzium masa. Dan saya rasa itu perlu walaupun sekadar 'single'. Tetapi dalam masa yang sama, ia membentuk waktu. Mungkin pada tahun 2020 ada COVID tetapi juga ada orang masih nak main muzik, masih juga ada orang nak buat 'single'. Sama juga macam sekarang, walaupun tak menentu di mana-mana pun, ada juga yang masih buat lagu dan terutama buat 'single'," luah Famie pula.
Di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan politik dunia, artis tempatan terus ‘bikin muzik’ sebagai ruang ekspresi, pengubat jiwa dan rakaman zaman. Gelombang ini membuktikan bahawa kreativiti tidak pernah surut - selagi ada cerita, selagi itulah para pemuzik akan terus ‘bikin muzik’, dan membentuk memori kolektif buat kita semua.

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.