BERITA+ Anugerah 2026: Penyingkiran jadi pemangkin Darwish dan Tahniah terus berkarya
- Darwish Sofyan, the youngest contestant in Anugerah 2026, and Tahniah Shahar were eliminated this week after a Y2K-themed performance.
- Darwish and Tahniah shared their valuable experiences, with Darwish wanting to continue creating content on social media and Tahniah aspiring to become a vocal teacher.
- Judge Najip Ali praised contestants such as Alfan Ryan and Farras Qushayi for showcasing their own identity in their performances.
- The remaining Top 12 contestants need to work harder, sharpen their talent and attitude, and win over viewers to advance to the next stage.
- Darwish Sofyan, peserta termuda Anugerah 2026 dan Tahniah Shahar, tersingkir minggu ini selepas persembahan bertema Y2K.
- Darwish dan Tahniah berkongsi pengalaman berharga, dengan Darwish ingin terus berkarya di media sosial dan Tahniah bercita-cita menjadi guru vokal.
- Juri Najip Ali memuji peserta seperti Alfan Ryan dan Farras Qushayi yang menonjolkan identiti sendiri dalam persembahan mereka.
- Peserta Top 12 yang masih bertahan perlu bekerja lebih keras, mengasah bakat dan sikap, serta memikat penonton untuk mara ke peringkat seterusnya.
Tema Y2K minggu ini turut menguji kemampuan peserta memberikan nafas dan identiti sendiri kepada lagu-lagu era 2000-an.
Bagi juri tetap, Najip Ali, beberapa peserta sudah mula menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan cogan kata 'Generasi Terkini' Anugerah 2026.
"Mereka juga telah menyerahkan juga peribadi mereka, gaya mereka ke dalam persembahan tersebut. Inilah perkara yang saya rasa harus dilakukan oleh para peserta untuk memikat para penonton di rumah," ujarnya.
Antara nama peserta yang disebutnya adalah Alfan Ryan dan Farras Qushayi.
"Saya suka Alfan Ryan - cara Alfan buat susunan lagu dan persembahannya. Saya juga terpegun dengan Farras Qushayi. Saya rasa dia mempunyai suara yang baik dan cara dia menyanyi juga sangat relaks. Saya rasa Farras adalah penyanyi semulajadi - 'a natural born singer'," dedahnya kepada wartawan.
Bagi peserta paling corot yang baru berusia 17 tahun, Darwish Sofyan, peluang berada dalam Top 14 sudah membuka ruang yang sebelum ini tidak dimilikinya.
"Saya datang daripada seorang yang tidak ada nama langsung. Saya memang baru. Memang 'fresh' lah mereka panggil. Sejauh ini alhamdulillah dan saya paling muda dalam rancangan ini. Selepas masuk Anugerah ini, selepas dapat memperkenalkan diri kepada semua orang di luar sana, mereka sudah tahu yang saya ini alhamdulillah ada bakat yang saya nak tunjukkan," luah Darwish yang diwawancarai wartawan Roslinda Rahmat sejurus selepas tersingkir.
Pendedahan menerusi Anugerah turut memberinya sesuatu yang tidak dimiliki sebelum ini — khalayak yang mula mengenali bakatnya.
Peminat muzik ska yang turut dipengaruhi jazz itu memasuki Anugerah melalui uji bakat pertamanya, dan menganggap berada dalam Top 14 pertandingan memberinya pengalaman yang belum pernah dirasakan dan kesedaran bahawa dia perlu terus keluar daripada zon selesa.
"Mungkin saya tidak bersedia untuk ini. Tetapi tetap saya akan menguntum senyum sebab kita mesti berfikiran positif. Mungkin saya perlu belajar lagu-lagu genre lain. Genre rock ke, dan saya tidak boleh rasa takut, lah," tegasnya.
Namun Tahniah juga tidak mahu meninggalkan keunikan muzik yang dibawanya.
Sebaliknya, beliau berharap pengalamannya memberi keberanian kepada bakat lain untuk tidak takut menyerlahkan kelainan.
"Saya nak orang berasa terinspirasi. Jangan takut untuk serlahkan kelainan atau menjadi diri sendiri," kongsi Tahniah, 24 tahun.
LANGKAH SETERUSNYA BAGI TOP 12
Bagi 12 peserta yang masih bertahan, cabaran kini bukan sahaja mempertahankan tempat setiap minggu.
Mereka juga perlu mula menunjukkan bahawa potensi mereka mampu bertahan selepas pertandingan berakhir.
"Dalam industri kita ini, ada dua perkara yang saya lihat. Satu adalah bakat, dan satu lagi adalah sikap. Bakat mesti ada, tetapi sikap menghormati orang dan tahu bahawa industri kita ini kecil, jadi kita harus bersatu dan bekerjasama," tegas Najip.
Para peserta Anugerah 2026 diberi pelbagai bimbingan - dari kelas vokal kepada media sosial, dan malah cara menampilkan diri kepada media.
Bagi Darwish, langkah seterusnya setelah penyingkiran adalah untuk meneruskan karya di media sosial.
Tahniah pula mahu meneruskan pengajian muzik, dengan cita-cita menjadi guru vokal.
Bagi Top 12 yang tinggal pula, setiap minggu selepas ini membawa satu tuntutan yang semakin jelas - mereka perlu bekerja lebih keras lagi, mengasah kemahiran vokal.
Guru Vokal yang terlibat dalam perjalanan pertandingan peserta Anugerah 2026 sejak mula, Babes Conde berkata, "Top 12 - mereka bekerja keras dan membuat persediaan dengan baik. Mereka perlu memilih lagu yang akan memaparkan mutu terbaik mereka. Ramai di kalangan mereka memiliki potensi amat besar untuk menjadi pemenang sebenarnya. Ramai daripada peserta lelaki berkebolehan.
"Jadi amat sukar untuk kita menjangka siapa yang akan menang kerana setiap minggu berbeza. Setiap lagu berbeza. Ia bergantung kepada pemilihan lagu dan persembahan mereka. Minggu ini mungkin kedudukan mereka baik, tetapi kita tidak tahu minggu hadapan mereka mungkin tersingkir," ujar Babes sewaktu ditemui di sesi bimbingan vokal.
Lantaran itu, untuk terus mara, para peserta Top 12 Anugerah: Generasi Terkini 2026 perlu membuat penonton merasa terkesan dengan persembahan dan kehadiran mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.