Skip to main content

Hiburan

Belum dibuka di pawagam AS, Aquaman sudah kutip S$357 juta

Filem aksi adiwira Aquaman sudahpun mengutip AS$260 juta (S$357 juta) di pawagam merata dunia dan bertakhta sebagai filem nombor satu sedunia selama dua minggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Belum dibuka di pawagam AS, Aquaman sudah kutip S$357 juta

Petikan treler Aquaman.

Diterbitkan : 18 Dec 2018 04:56PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 05:03PM

SINGAPURA: Filem aksi adiwira Aquaman sudahpun mengutip AS$260 juta (S$357 juta) di pawagam merata dunia dan bertakhta sebagai filem nombor satu sedunia selama dua minggu.

Ini meskipun cerita wayang berdasarkan komik DC itu hanya akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember.

Sebahagian besar pendapatan filem tersebut datang dari China - sebanyak AS$189 juta (S$260 juta) - di mana ia kini merupakan filem adiwira meraih pendapatan keempat paling tinggi dan filem Warner Bros yang meraih pendapatan kedua paling tinggi.

Aquaman mengisahkan cerita Aurthur Curry, yang dilakonkan oleh Jason Momoa, putera mahkota kerajaan dasar laut Atlantis, yang perlu melindungi rakyatnya daripada ancaman saudara tirinya, Orm.

Filem arahan James Wan itu juga dibintangi Amber Heard, Willem Dafoe, Dolph Lundgren dan Nicole Kidman.

Ia merupakan filem pertama yang menampilkan Aquaman sebagai watak utama. Watak tersebut sebelum ini muncul bersama watak adiwira lain dalam Batman V Superman: Dawn of Justice (2016) dan Justice League (2017).

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita