Skip to main content

Hiburan

Bella Hadid upah peguam saman Adidas selepas digugur dari kempen

Anggaran Waktu Membaca:
Bella Hadid upah peguam saman Adidas selepas digugur dari kempen

(Gambar: AFP/Christophe SIMON)

WASHINGTON: Peragawati terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid, dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.

Tindakan itu diambil selepas Adidas menggugurkan Bella daripada kempen keluaran terbaharu kasut retro berinspirasi Sukan Olimpik Munich 1972, selepas ia mendapat kritikan daripada kumpulan pro-Israel.

Sumber memberitahu US WEEKLY bahawa Bella akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Adidas, atas kekurangan kebertanggungjawapan awam mereka dalam menerbitkan kempen yang akan mengaitkan sesiapa dengan kematian dan keganasan yang berlaku semasa Sukan Olimpik Munich 1972, lapor Sinar Harian.

Sumber tersebut menyatakan, "Bella amat menentang keganasan."

Ia menambah, Bella menyatakan rasa kecewa terhadap Adidas kerana mereka merujuk Olimpik 1972 tanpa mengiktiraf konteks sejarah terlebih dahulu.

Sukan Olimpik Munich 1972 dibayangi kematian 11 atlit Israel termasuk seorang anggota polis Jerman, selepas lelaki bersenjata dari kumpulan Black September Palestin menceroboh perkampungan Olimpik dan menjadikan mereka tebusan.

Bella, 27 tahun, atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid, lantang menyuarakan sokongannya terhadap hak Palestin sejak Israel melancarkan serangan balas menyasarkan orang awam terutama wanita dan kanak-kanak di Gaza sejak Oktober lalu.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita