Bella Astillah tarik diri berlakon bersama Ruhainies
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bella Astillah/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pelakon Bella Astillah menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama 'Terjerat' terbitan OrangeTree Production bagi tayangan platform penstriman, iQIYI.
Difahamkan, ia susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah, minggu lalu.

Bella berkata, keputusan dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Jaspal, pada Isnin (11 Mac), lapor BH Online.
"Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.
"Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih," katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama itu atas kerjasama yang sudah diberikan.
"Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi," katanya, dipetik daripada BH Online.
Menerusi drama itu, Bella memegang watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi oleh Ruhainies, lapor BH Online.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.