Bella Astillah, Syed Saddiq bertukar hantaran istimewa sempena pernikahan
Anggaran Waktu Membaca:
Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026. (Gambar: Facebook/Orang Kita Sabahan)
Bella Astillah and Syed Saddiq exchange special wedding gifts in conjunction with their marriage
- Bella Astillah and Syed Saddiq Syed Abdul Rahman were legally married on Saturday, 10 Oct, at 10.40am on level 118 of Menara Merdeka Maybank in Kuala Lumpur.
- The ceremony was officiated by Zulkifli Mohamad al-Bakri with a single pronouncement, a mahr of RM500, and was attended by about 300 family members, Guest-of-Honour and close friends.
- Syed Saddiq presented seven trays of wedding gifts, including an AU999 gold ring, sponsorship for a Taylor’s University Master of Communication degree, a gym set, RM100,000 in the Employees Provident Fund (EPF), and an umrah package.
- Bella reciprocated with nine trays, including a gold ring, the Quran, shoes, an e-book, AU999 gold themed on Iron Man Malaysia, and a triathlon entry to support her husband’s dream.
- Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah bernikah pada Sabtu, 10 Okt, jam 10.40 pagi di aras 118, Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
- Majlis itu disempurnakan oleh Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan sekali lafaz, mas kahwin RM500, dan dihadiri sekitar 300 ahli keluarga, tetamu kehormat serta rakan terdekat.
- Syed Saddiq memberi tujuh dulang hantaran, termasuk cincin emas AU999, tajaan Sarjana Komunikasi Taylor’s University, set gimnasium, KWSP RM100,000 dan pakej umrah.
- Bella membalas sembilan dulang, termasuk cincin emas, al-Quran, kasut, e-book, emas AU999 bertema Iron Man Malaysia serta penyertaan triatlon bagi menyokong impian suaminya.
KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan dulang hantaran daripada pihak penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dibalas tujuh dulang daripada pihak suaminya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sempena majlis pernikahan pasangan itu pada Sabtu (10 Okt).
Hantaran yang disediakan bukan sekadar hadiah perkahwinan, tetapi mempunyai makna tersendiri yang mencerminkan minat, impian serta perancangan masa depan pasangan berkenaan, menurut laporan Astro Awani.
Antara hantaran daripada Syed Saddiq kepada Bella ialah cincin emas eksklusif tempahan khas daripada Goldfish Jewelry menggunakan emas tulen AU999, sebagai simbol ikatan cinta abadi.
Turut disertakan ialah tajaan pengajian pascasiswazah peringkat Sarjana Komunikasi melalui sistem APEL di School of Media and Communication (SOMAC), Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Masa Lapang, Taylor’s University.
Selain itu, Syed Saddiq menghadiahkan set gimnasium di rumah untuk Bella dan anak-anaknya, Aiden serta Ara, selain kerusi urut untuk kegunaan Bella, anak-anak dan kedua-dua ibu bapa pasangan tersebut.
Hantaran lain termasuk basikal yang melambangkan minat berbasikal bersama serta impian mengembara ke seluruh dunia, simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM100,000 (S$31,330) bagi jaminan kewangan masa depan Bella, serta pakej umrah untuk pasangan itu yang ditaja Qashwa Travel Sdn. Bhd.
Sementara itu, antara hantaran daripada Bella kepada Syed Saddiq ialah cincin emas eksklusif tempahan khas daripada Goldfish Jewelry, sepasang kasut Christian Louboutin, naskhah al-Quran dan minyak wangi.
Bella turut menyediakan e-book dan cermin mata yang mencerminkan minat suaminya membaca dan bersukan, selain coklat istimewa sebagai pelengkap hantaran.
Turut mencuri perhatian ialah emas tulen AU999 bertemakan Iron Man Malaysia, tempahan khas daripada Goldfish Jewelry yang membawa makna tersendiri, mencerminkan gelaran berkenaan serta impian Syed Saddiq untuk menjadi Iron Man Malaysia.
Lebih istimewa, Bella turut menghadiahkan penyertaan acara triatlon kepada suaminya, sebagai tanda sokongan terhadap minat dan impiannya dalam sukan lasak itu.
Acara triatlon merangkumi renang sejauh 10 kilometer, berbasikal sejauh 421 kilometer dan larian sejauh 84.4 kilometer, dengan jarak keseluruhan 515.4 kilometer.
Pasangan itu turut mengenakan busana tajaan HijabistaHub bagi menyerikan majlis pernikahan mereka.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah, sah bergelar suami isteri pada Sabtu dengan sekali lafaz.
Kedua-dua mempelai dinikahkan oleh mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad al-Bakri dengan mas kahwin sebanyak RM500.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank pada pukul 10.40 pagi dan dihadiri sekitar 300 orang ahli keluarga, tetamu kehormat dan rakan-rakan terdekat.

Sumber : Agensi berita/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.