Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bella Astillah sahkan berbadan dua, sudah rujuk dengan Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah, mengesahkan dirinya sudah kembali rujuk dengan suaminya Aliff Aziz, sewaktu dalam tempoh edah tahun lalu. Bella, 26 tahun turut mengesahkan di Instagram baru-baru ini bahawa beliau kini berbadan dua.

Anggaran Waktu Membaca:
Bella Astillah sahkan berbadan dua, sudah rujuk dengan Aliff Aziz

Bella beri bayangan sudah rujuk dengan Aliff Aziz. (Gambar fail: @bellaastillah/Instagram)

Diterbitkan : 26 Apr 2020 09:22PM Dikemas Kini : 26 Apr 2020 09:25PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Bella Astillah, mengesahkan dirinya sudah kembali rujuk dengan suaminya Aliff Aziz, sewaktu dalam tempoh edah tahun lalu.

Bella, 26 tahun turut mengesahkan di Instagram baru-baru ini bahawa beliau kini berbadan dua.

Namun begitu, beliau yang kisah rumahtangganya bersama Aliff, 29, menarik perhatian media sebelum ini, kelihatan enggan berkongsi banyak perincian tentang perkembangan terbaru mereka itu.

"Saya bimbang sekiranya berkongsi cerita peribadi terlalu mendalam dituduh mahu meraih perhatian. Ada kala, beritahu salah, tak kongsi juga sama," katanya kepada BH Online.

"Buat masa ini, saya rasa tidak sesuai berkongsi kisah peribadi. Cukup jawapan ringkas saya.

"Negara sedang diuji dengan penularan wabak COVID-19, itu yang lebih merisaukan. Lagi pun, inikan bulan puasa," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Bella turut menambah bahawa hal rumah tangga bukan hanya melibatkan dirinya dan Aliff, tapi turut terkait dengan keluarga masing-masing.

"Saya kena menghormati permintaan keluarga. Doakan baik-baik," katanya, seperti dilaporkan BH online.

Bella, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, pertama kali mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada 2016. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun mahligai yang dibina pasangan tersebut runtuh pada Mei tahun lalu, setelah Aliff berulang kali dikhabarkan ketika itu berlaku curang.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan