Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bella Astillah nekad failkan cerai terhadap Aliff Aziz

Pelakon Malaysia Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya iaitu pelakon asal Singapura, Aliff Aziz.

Anggaran Waktu Membaca:
Bella Astillah nekad failkan cerai terhadap Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, bersama isterinya, Bella Astillah. (Gambar: Aliff Aziz/Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya iaitu pelakon asal Singapura, Aliff Aziz.

Peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd. Rais memaklumkan pelakon itu sudah memfailkan penceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin (11 Mac), demikian menurut Astro Gempak.

“Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam," katanya seperti dinukil Astro Gempak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa prosiding pertama kes perceraian Bella dan Aliff yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu (13 Mac).

Sebelum ini, kecoh apabila pelakon dan penyanyi Aliff Aziz didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon wanita, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Penangkapan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.

Sementara itu, Bella berkata perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka berdua.

Mengharapkan urusan perceraian dipermudah dan dipercepatkan, Bella berkata beliau nekad untuk berpisah kerana sudah memberi banyak peluang kepada suaminya.

“Saya rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi saya dan juga Aliff. Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar.

“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella. Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan dari jauh,” ujarnya seperti dinukil Astro Gempak.

Sebelum ini, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan