Belanda tarik diri daripada Eurovision 2027 susuli kontroversi penyertaan Israel
Belanda tidak akan menyertai Peraduan Lagu Eurovision pada tahun depan, menurut penyiar negara itu, NPO, pada Selasa (27 Okt), sambil menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat atas faktor "sensitiviti" berhubung penyertaan Israel.
Pertandingan pada 2027 dijadualkan berlangsung di Bulgaria. (Gambar: AFP/Nikolay Doychinov)
- NPO announced on 27 October that the Netherlands would not compete in Eurovision 2027 after consulting the Board of Broadcasters.
- Media Director Jurre Bosman and Executive Chairman Jet de Ranitz said the decision stemmed from sensitivities over Israel’s participation and divisions that had arisen in society.
- The withdrawal is temporary, and NPO will still broadcast the contest on public television, despite the decision disappointing Dutch fans.
- A wave of boycotts is linked to protests against Israel’s deadly attacks in Gaza; the Czech Republic has also withdrawn citing cost savings, Ireland is not taking part, and the head of Spain’s public broadcaster supports a boycott.
- NPO mengumumkan pada 27 Oktober bahawa Belanda tidak akan bertanding dalam Eurovision 2027 selepas berunding dengan Lembaga Penyiar.
- Pengarah Media Jurre Bosman dan Pengerusi Eksekutif Jet de Ranitz menyatakan keputusan itu berpunca daripada sensitiviti terhadap penyertaan Israel serta perpecahan yang timbul dalam masyarakat.
- Penarikan diri itu bersifat sementara, dan NPO tetap akan menyiarkan pertandingan tersebut menerusi televisyen awam walaupun keputusan berkenaan mengecewakan peminat Belanda.
- Gelombang boikot berkait bantahan terhadap serangan maut Israel di Gaza; Republik Czech turut menarik diri atas alasan penjimatan, Ireland tidak menyertai, dan ketua penyiar awam Sepanyol menyokong boikot.
"Kami sudah lama mengetahui bahawa penyertaan Israel mencetuskan pelbagai reaksi dalam masyarakat serta menimbulkan perdebatan dan perpecahan... Oleh itu, selepas berunding dengan Lembaga Penyiar, NPO memutuskan untuk tidak menyertai pertandingan tersebut pada 2027," kata Pengarah Media NPO, Jurre Bosman, dalam satu kenyataan.
Pengerusi Eksekutif NPO, Jet de Ranitz, mengakui keputusan itu akan mengecewakan ramai peminat Eurovision di Belanda dan menegaskan bahawa pertandingan tersebut tetap akan disiarkan menerusi saluran televisyen awam.
Bagaimanapun, beliau berkata: "Kami terpaksa membuat kesimpulan bahawa ia masih terlalu awal untuk menyertai Peraduan Lagu Eurovision pada 2027."
"Disebabkan oleh sensitiviti yang menyelubungi isu-isu yang sedang berlaku ketika ini, kami memutuskan untuk menarik diri buat sementara waktu," tambah Cik De Ranitz.
Pertandingan tersebut baru-baru ini berdepan gelombang boikot berhubung penyertaan Israel, sebagai bantahan terhadap serangan maut negara tersebut di Gaza yang tercetus menyusuli serangan kumpulan militan Hamas pada 2023.
Awal September, penyiar awam Republik Czech turut menarik diri daripada pertandingan tersebut, namun menyatakan pemotongan perbelanjaan sebagai sebabnya.
Ireland sudah mengumumkan bahawa negara itu tidak akan mengambil bahagian, manakala ketua penyiar awam Sepanyol pula menyuarakan sokongan terhadap tindakan memboikot pertandingan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.