Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemain bass XPDC meninggal dunia

(Gambar: Facebook/Eddy Badry XPDC)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain bass pertama kumpulan XPDC (Tragedy), Meditasi dan Garuda, Man Tobey, 58 tahun, meninggal dunia pada pukul 12.04 tengah malam Ahad (19 Mac) di Hospital Selayang.

Berita tersebut disahkan anaknya, Nur Anis Sofea kepada Harian Metro dan rakan-rakan penggiat seni.

Menurut Cik Anis, ayahnya dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir, malam tadi.

Sebelum ini, Man Tobey atau nama sebenarnya, Yahya Rashid terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 30 Mei tahun lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Dalam kejadian di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10.00 pagi itu, Man Tobey sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang, menurut BH Online.

Allahyarham mengalami kecederaan tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah.

Kecederaan di tulang belakangnya pula menutup saluran pernafasan sehingga terpaksa menggunakan mesin bantuan.

Doktor juga terpaksa melakukan pembedahan membuang tiga tulang belakang bagi memberi ruang pada saluran pernafasan.

Kejadian tersebut berlaku semasa Allahyarham pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya dekat Rawang.

Allahyarham menjalani pembedahan kedua dengan menebuk leher untuk pasang alat pernafasan dan tidak mampu bercakap lagi selepas itu.

Selain berniaga, Allahyarham juga menjadi bilal di surau kawasan kediamannya di Apartment Taman Setia Rawang, lapor BH Online.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan