Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas gitaris Ekamatra dijel 10 tahun sebabkan kematian warga emas

Mahkamah Sesyen hari ini (23 Mei) menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra yang popular pada era 1990-an atas kesalahan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas gitaris Ekamatra dijel 10 tahun sebabkan kematian warga emas

(Gambar: Hishamuddin Ahmad Zaki‎/ Facebook)

Diterbitkan : 23 May 2018 04:52PM Dikemas Kini : 23 May 2018 04:54PM

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen hari ini (23 Mei) menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra yang popular pada era 1990-an atas kesalahan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa Februari lalu.

Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Md Nurul Azman Salilholdin @ Salilhaldin, 44 tahun, yang berasal dari Johor selepas dia membuat pengakuan bersalah.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2.00 petang dengan 6.00 petang pada 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Ketika rayuan, tertuduh mohon dipenjarakan mengikut tarikh dia ditahan dan diletakkan di Penjara Kajang atas alasan bagi memudahkan keluarga melawatnya.

Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi mengambil kira kepentingan awam kerana apa yang dilakukan tertuduh adalah serius.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan