Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bekas bintang K-pop Seungri dihukum penjara tiga tahun membabitkan pelacuran

Bekas bintang K-pop, Seungri dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengaturkan pelacuran dan pertuduhan lain berhubung skandal dadah dan seks.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas bintang K-pop Seungri dihukum penjara tiga tahun membabitkan pelacuran

Bekas anggota BIGBANG, Seungri (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2021 11:46PM Dikemas Kini : 12 Aug 2021 11:49PM

SEOUL: Bekas bintang K-pop, Seungri dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan mengaturkan pelacuran dan pertuduhan lain berhubung skandal dadah dan seks.

Hukuman diputuskan oleh sebuah mahkamah tentera, pada Khamis (12 Ogos).

Penyanyi berusia 30 tahun itu adalah bekas ahli kumpulan popular BIGBANG.

Dia bersara daripada industri hiburan ketika skandal berkenaan dilaporkan secara meluas dan kemudiannya, menyertai khidmat tentera.

Dia didapati bersalah atas semua sembilan pertuduhan, menurut seorang pegawai kementerian pertahanan kepada AFP.

Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun turut diarahkan membayar denda berjumlah 1.15 bilion won Korea (S$1.36 juta).

Menurut kertas pertuduhan, dia mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur asing sebanyak 24 kali sepanjang lima bulan dari September 2015 serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.

Siasatan ke atas skandal itu turut membongkar beberapa tuduhan besar dilemparkan terhadap pemuzik dan kakitangan lain di syarikat pengurusan BigBang iaitu YG Entertainment, menyebabkan CEO agensi itu mengundurkan diri dan disiasat atas pelibatannya dalam perjudian haram.

Seungri juga adalah anggota kumpulan bual sembang yang mana penyanyi Jung Joon-young didapati bersalah atas rogol beramai-ramai dan kesalahan lain dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.  

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan