Skip to main content

Hiburan

Bayi Siti Nurhaliza ‘menangis pun merdu’, kata peminat

Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi Siti Nurhaliza ‘menangis pun merdu’, kata peminat

Gambar: ctdk/Instagram

Diterbitkan : 22 Mar 2018 09:20AM Dikemas Kini : 22 Mar 2018 09:27AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi video suara tangisan anak sulungnya di laman sosial Instagram.

Catatan yang dimuat naik awal pagi semalam (21 Mac) turut memaparkan pakaian pertama bayinya.

Sejauh ini, video tersebut yang beserta kapsyen: “Alahai, kenapa menangis tu sayang? Berlatih vokal ke?” sudahpun ditonton lebih 1.5 juta pengguna dengan ramai yang menyampaikan ucapan-ucapan positif.

Malah, salah seorang pengguna, @99shazz menulis: “Menangis pon dah merdu suara nye..”

Sebelum ini, Siti Nurhaliza berkongsi gambar bersama cahaya matanya di laman sosial Instagramnya buat pertama kali selepas selamat melahirkannya pada Isnin tanggal 1 Rejab.

Dalam catatan berkenaan, beliau mewakili suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan puteri kesayangannya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan tahniah dan mendoakan mereka.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

"Kepada rakan artis juga, terima kasih atas ucapan dan ingatan kalian. Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik. Pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

"Buat masa ini, saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor," katanya. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita