Bawa lari barang kemas RM300,000, kakak Aliff Syukri minta bantuan cari pembantu rumah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Instagram @bondarozitaibrahim
KUALA LUMPUR: Kakak kepada usahawan kontroversi Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman meminta orang ramai untuk mengesan pembantu rumah ibu mertuanya yang melarikan diri dari rumah.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Noor Hayati atau mesra disapa Yatie, suspek dikenali Citra turut membawa lari barangan kemas ibu mentuanya bersama, seperti dinukil daripada ohmymedia.
“Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar bernama Citra, sila hubungi saya,” tulisnya.
Dalam hantaran tersebut, Yatie juga memaklumkan mereka menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah ibu mentuanya.
Sementara itu, ibu kepada usahawan berkenaan iaitu Rozita Ibrahim turut berkongsi hantaran yang sama kepada pengikut media sosialnya dan memberitahu suspek melarikan barangan kemas besannya bernilai RM300,000 (S$91,280).
“Maid yang jadi perompak terhormat. Disayangi ni balasannya. Melarikan hampir RM300,000 barang kemas besan saya.
“Bonda mohon bantuan pada semua followers sebar-sebarkan,” tulis Bonda Rozita di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tambah Bonda Rozita, suspek bekerja selama tiga tahun bersama besannya, malah anaknya juga melayan pembantu rumah berkenaan dengan baik sekali, lapor ohmymedia.
“Yati sangat baik menjaga pembantu rumah. 3 tahun bekerja menjaga mak mentua Yatie. Tergamak betul mencuri,” luahnya.
Pun begitu, Bonda Rozita mengatakan tidak semua pembantu rumah Indonesia berperangai sedemikian kerana semuanya bergantung kepada diri sendiri.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.