Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Baru dua bulan kawin, suami penyanyi veteran Salamiah Hassan meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi veteran, Salamiah Hassan, Gerry Hughes meninggal dunia pada Jumaat (4 Nov).

Berita sedih itu disahkan oleh anak Salamiah yang juga penyanyi terkenal, Atilia Haron menerusi laman Instagramnya.

"Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.

"Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-Fatihah," tulis Atilia.

Pada masa ini, Atilia tidak dapat berkongsi punca kematian bapa tirinya itu dan masih menanti perkembangan daripada ibunya, lapor Astro AWANI.

Salamiah, 71 tahun, dan Allahyarham Hughes yang berusia 68 tahun diijabkabul pada 1 September lalu.

Pasangan itu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania, Australia iaitu di kediaman Allahyarham Hughes.

Kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun lalu.

Sebelum itu, Salamiah hidup bersendirian selama 35 tahun selepas berpisah dengan suami pertama, Raja Haron Raja Aziz pada 1986, lapor Astro AWANI.

Selain Atilia, Salamiah juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Raja Ahmad Shah.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan