Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Barisan beratur di cawangan SingPost bermula 2 hari lebih awal jelang jualan am tiket Taylor Swift

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jul 2023 01:02PM Dikemas Kini : 06 Jul 2023 10:15PM
SINGAPURA: Persaingan seterusnya untuk mendapatkan tiket konsert Taylor Swift sedang berlangsung, selepas tiket pra-jualan ke persembahan bintang pop Amerika di Singapura pada Mac 2024 habis dijual dalam masa tiga jam.

Selepas gagal mendapatkan tiket pra-jualan Rabu untuk pemegang kad United Overseas Bank (UOB), sejumlah peminat Taylor Swift yang menggelarkan diri mereka sebagai Swifties mahu terlepas peluang keemasan itu.

Didorong oleh kebimbangan dan rasa terdesak menjelang jualan am, yang bermula pada tengah hari Jumaat, para peminat tegar sudah mula beratur dua hari lebih awal di cawangan SingPost, dengan harapan untuk menjadi yang pertama dalam barisan apabila jualan tiket dibuka.

Antara peminat yang berharap dapat memperolehi tiket Swift di salah satu daripada enam pertunjukannya di Stadium Negara pada 2024 ialah pelajar politeknik Nellie Titus, 18 tahun, dan rakan-rakannya.

Mereka tiba di Pejabat Pos Lim Ah Pin di Kovan pada hari Rabu jam 10.30 malam. Kakak perempuannya Nicolette, berusia 21 tahun yang sedang menunggu untuk memasuki universiti, pertama kali mendapatkan tempat beratur di sana pada pukul 3.45 petang.

Platform tiket Ticketmaster - kaedah alternatif yang memerlukan peminat menyertai barisan beratur online - "biasanya tidak dapat diakses dan tidak berupaya mengendalikan jumlah tempahan yang besar dengan baik".
 
Cik Titus memberitahu The Straits Times (ST): "Biasanya, jika anda berada di barisan pertama di SingPost, kadar kejayaan agak tinggi daripada apa yang kami lihat."

Mujur rumahnya terletak berdekatan dan ahli keluarganya bersedia bergilir-gilir untuk beratur apabila beliau memerlukan waktu rehat.

Di Pejabat Pos Cawangan Ang Mo Kio, pelajar Anyi Ye, 19 tahun, yang sedang bercuti sempena cuti penggal, adalah yang paling awal tiba pada pukul 7.30 malam.

Dia juga tidak bercadang untuk berkhemah selama dua hari. Bagaimanapun, sebaik sahaja dia mendengar barisan sudah mula terbentuk di cawangan SingPost lain daripada kumpulan Telegram peminat Taylor Swift, dia bergegas secepat mungkin.
Cik Ye yang tinggal 10 minit dari pejabat pos itu berkata, dia akan beratur secara bergilir-gilir bersama rakannya untuk ke tandas dan makan.

"Saya teruja kerana saya adalah orang pertama yang tiba di sini. Ia adalah peluang terbaik untuk mendapatkan tiket saya. Saya mula mendengar lagu Taylor Swift sejak berusia lima tahun dan saya telah menunggu sekian lama untuk saat ini."
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan