Bapa Sufi Rashid meninggal dunia selepas 6 bulan bertarung dengan barah lidah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sufi Rashid/Instagram)
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi tempatan Sufi Rashid, Rashid Abdul Rahim, meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat barah lidah tahap empat.
Allahyarham meninggal dunia di kediaman Sufi di Semenyih sekitar 3.00 petang pada Sabtu (17 Apr).
Menurut BH Online, Allahyarham juga menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertarung dengan penyakit tersebut selama enam bulan, kongsi pengurus Sufi, yang hanya dikenali sebagai Nik.
"Sebelum ini, arwah dirawat di sebuah hospital di Singapura. Baru beberapa hari lalu arwah dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang Sufi ke kediamannya di Semenyih.
"Ternyata, Allah lebih menyayangi arwah. Setakat ini, keadaan Sufi baik-baik sahaja kerana dapat menjaga arwah bapanya itu.
"Sufi juga reda dengan ketentuan takdir. Cuma, buat masa ini, Sufi perlukan privasi kerana masih berduka dengan pemergian insan tersayang." katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, berita pemergian itu dikongsikan sendiri penyanyi tersebut menerusi catatan di Instagram Story.
Dalam perkongsiannya itu, Sufi memuat naik gambar mereka berdua dan diiringi luahan rasa terhadap Allahyarham.
"Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan abah hari ini. Abah memang seorang insan yang baik, tak pernah susahkan sesiapa.
"Terima kasih atas segalanya abah. Sufi janji akan jadi anak yang soleh dan manusia yang baik seperti abah," coretnya, seperti dipetik BH Online.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.