Skip to main content

Hiburan

Bapa pelakon Amar Baharin meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa pelakon Amar Baharin meninggal dunia

(Gambar: Instagram/Amar Baharin)

Diterbitkan : 25 May 2023 11:58AM
KUALA LUMPUR: Bapa kepada pelakon Malaysia, Amar Baharin, iaitu Mohd Baharin Amir meninggal dunia pada pagi Khamis (25 Mei).

Amar, 38 tahun, memaklumkan pemergian bapanya menerusi catatan di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, punca kematian bapanya tidak didedahkan, lapor mStar.

Beliau menulis: "Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Bin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.

"Mohon doakan arwah semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa arwah dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.”

Jenazah bapa Amar juga dibawa ke Masjid Sungai Sekamat Kajang untuk diuruskan sekitar pukul 9.00 pagi tadi sebelum dikebumikan, lapor mStar.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita