Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Bandi Amuk gagal mara ke pusingan seterusnya GV8

Anggaran Waktu Membaca:
Bandi Amuk gagal mara ke pusingan seterusnya GV8

(Gambar: Gegar Vaganza Official/Instagram)

Diterbitkan : 03 Jan 2022 10:37AM Dikemas Kini : 03 Jan 2022 10:37AM

KUALA LUMPUR: Perjuangan penyanyi rock Bandi Amuk terhenti pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 8 (GV8) malam tadi (2 Jan) apabila dia menjadi peserta keempat yang tersingkir.

Bandi yang menyanyikan lagu I Want To Break Free (Queen) gagal memuaskan hati juri bagi mengekalkan kedudukannya dalam kelompok sembilan peserta untuk ke minggu seterusnya, lapor Malaysiakini.

Menurut juri Syafinaz Selamat, masih banyak perlu diperbaiki Bandi.

“Setiap minggu ke minggu jika ada perkara untuk diperbaiki, kami akan suarakan.

“Pada saya abang kena dengar dengan terbuka sedikit untuk pendengaran pada intonasi,” katanya.

Sementara itu, Nikki Palikat menjadi bintang yang menjuarai konsert malam tadi dengan markah sebanyak 72.3 peratus.

Selain Syafinaz, persembahan bintang GV8 yang bertemakan Kelentang Kelentong, dinilai juri tetap GV8, iaitu Ramli MS serta Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala M Nasir selaku juri jemputan.

Di awal acara, Adibah Noor diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula menjadi milik Suki Low selepas dibolot lima kali oleh kumpulan duo Sa.Ya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa