Bad Indigo, Ashira bercerai
Pasangan penyanyi Bad Indigo dan Ashira Aziz mengumumkan perceraian mereka dalam catatan di laman Instagram hari ini (23 Jun).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bad Indigo/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pasangan penyanyi Bad Indigo dan Ashira Aziz mengumumkan perceraian mereka dalam catatan di laman Instagram hari ini (23 Jun).
Dalam catatan video tersebut, kedua-dua mereka, yang juga bekas peserta Gegar Vaganza 7 (GV7), tenang mengumumkan perceraian tersebut, lapor BHonline.
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47 tahun, mengesahkan mereka bercerai namun tidak mengulas dengan lebih lanjut.
Malah beliau juga menafikan wujudnya orang ketiga dalam perkahwinan mereka yang bertahan lebih setahun itu.
"Kami sudah capai persetujuan bersama, kami tadi sudah sah berpisah.
"Tetapi kami tetap berkawan sebab kami memang nak berkawan sampai bila-bila… Insha Allah," katanya, seperti dipetik BHonline.
Bad juga berkata mereka tidak selesa untuk berkongsi punca perceraian tersebut.
"Kami tetap baik, tiada masalah antara kami. Saya tetap sayang dia. Apa yang penting, tiada orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.
"Sebenarnya, apa sebab semua ini (berlaku), tak boleh cerita. Sebab apa-apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib. Mendedahkan aib walaupun aib sendiri adalah dosa. Jadi, hanya Allah yang tahu," jelasnya.
Sehubungan itu, Ashira atau nama sebenar, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37 tahun, berharap catatan tersebut menjawab segala persoalan berhubung rumah tangga mereka.
"Kami nak beritahu dululah sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita di luar yang tak betul. Jadi, harap video ini jelaslah untuk semua orang.
"Hendak minta maaf kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak hubungi, tak perlu.
"Hendak tanya kenapa, apa punca dan bila, itu biarlah saya, dia, keluarga dan yang di atas (Allah) sahaja yang tahu.
"Harap jelas dan tiada lagi pertanyaan mengapa saya dan Bad sudah lama tidak nampak.
"Saya minta sangat pada semua untuk tidak bercerita benda-benda yang tidak betul pasal kami. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kami selama ini," kata Ashira dalam laporan BHonline.
Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac lalu selepas bertemu dalam GV7.
Menurut BHonline, sebelum ini, kaki Bad dilaporkan berlubang dan dijangkiti kuman selepas dipotong.
Bad menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki sebelah kiri akibat penyakit kencing manis kronik di PPUM pada Mei tahun lalu. Sebelum itu, satu jari kaki kiri sudah dipotong sebelum Ramadan tahun lalu.
Pada September tahun lalu, Bad sekali lagi diuji apabila jari terakhir kaki kiri dan setengah tapak kaki terpaksa dipotong. Sementara sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan terpaksa dijahit.
Pembedahan itu membuatkan pergerakan Bad terbatas sehingga terpaksa berjalan dengan bantuan kerusi roda akibat tidak boleh memijak lantai.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.