Backstreet Boys kembali beraksi di pentas SG pada Februari 2023
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Kevin Winter/Getty Images bagi iHeartMedia/AFP)
SINGAPURA: Backstreet Boys kembali beraksi di pentas Singapura pada 22 Februari.
Konsert di Stadium Tertutup itu adalah sebahagian daripada Jelajah Dunia DNA 2023 kumpulan itu.
Demikian diumumkan pada Selasa (1 Nov) di akaun sosial media mereka, sambil mendedahkan enam tarikh konsert secara keseluruhannya.
Selain Singapura, kumpulan yang terdiri daripada lima anggota itu, bakal mengadakan tiga persembahan di Tokyo, Jepun; satu di Kaohsiung, Taiwan; dan satu lagi di Manila, Filipina. Kesemua konsert tersebut dijangka berlangsung pada pertengahan bulan Februari nanti.

Penjualan tiket bagi kelab peminat bagi pertunjukan di Singapura bermula pada 7 November jam 10.00 pagi, manakala penjualan awal bagi Live Nation bermula pada 9 November jam 10.00 pagi. Jualan umum pula bermula pada 10 November pada jam 10.00 pagi.
Tiket-tiket berharga S$168, S$198, S$248, S$288 dan S$328, tidak termasuk yuran tempahan dan boleh didapatkan secara online menerusi Ticketmaster, di kesemua cawangan SingPost dan melalui talian 3158 8588.
Kumpulan yang terdiri daripada AJ McLean, Howie Dorough, Nick Carter, Kevin Richardson dan Brian Littrell, pernah mengadakan persembahan di Singapura beberapa kali, termasuk pada 2017 dan 2019.
Album terakhir mereka yang berjudul DNA, dikeluarkan pada Januari 2019. Dalam kerjaya yang mencecah hampir 30 tahun, mereka sudah mengeluarkan beberapa lagu hit termasuk "As Long As You Love Me", "Shape Of My Heart", "Larger Than Life" dan "I Want It That Way".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.