Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aznil Nawawi kumpul lebih RM100,000 bantu biaya pembedahan tulang belakang Zamani

Personaliti televisyen dan hos popular Aznil Nawawi berjaya mengumpul lebih RM100,000 (S$31,520) dalam pengumpulan dana yang dilancarkannya, bagi membantu membiayai kos pembedahan tulang belakang penyanyi Zamani Slam.

Anggaran Waktu Membaca:
Aznil Nawawi kumpul lebih RM100,000 bantu biaya pembedahan tulang belakang Zamani

(Gambar: Aznil Nawawi/Zamani/Facebook)

PETALING JAYA: Personaliti televisyen dan hos popular Aznil Nawawi berjaya mengumpul lebih RM100,000 (S$31,520) dalam pengumpulan dana yang dilancarkannya, bagi membantu membiayai kos pembedahan tulang belakang penyanyi Zamani Slam.

Beliau juga berhasil melakukan demikian kurang 10 jam selepas melancarkan inisiatif tersebut, lapor Kosmo! Online.

Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil berhasrat membantu Zamani sembuh dari penyakit tulang belakang atau skoliosis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

“Tabung bantuan untuk Zamani dah Pak Nil tutup ya. Itu adalah jumlah penuh yang dapat dikutip.

“Memang di luar jangkaan dan memang ramai sayangkan Zamani. Semoga Allah balas kebaikan kamu semua dengan rezeki yang berlipat kali ganda. Semoga dengan bantuan ini, Zamani dapat disembuhkan. Aminn,” tulis beliau, seperti dipetik Kosmo! Online.

Sebelum ini, Aznil meminta maaf kepada Zamani kerana membuat kutipan tanpa pengetahuan pelantun Gerimis Mengundang itu.

“Minta maaf Pak Nil buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta.

“Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan,” katanya dalam laporan Kosmo! Online.

Sehubungan itu, Zamani terharu dan berterima kasih kepada Pak Nil kerana sudi membantu. Zamani turut meminta Pak Nil menyimpan wang tersebut sehingga tiba waktu pembedahan dijalankan.

Pak Nil bagaimanapun meminta Zamani mengambilnya bagi kegunaan rawatan kerana tidak mahu Zamani risau dan tertekan kerana ia boleh memudaratkan lagi kesihatannya.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan