Aznil Nawawi dilantik sebagai Prof Adjung Universiti Malaya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Aznil Hj Nawawi/Facebook
KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Aznil Nawawi, 61 tahun dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya berkuat kuasa 9 Oktober lalu.
Universiti Malaya dalam kenyataannya turut mendedahkan bahawa Aznil dipilih atas kewibawaannya yang terpuji selain beliau juga adalah alumni universiti itu.
"Aznil alumni Universiti Malaya tahun 1984, dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, berkuat kuasa 9 Oktober lalu. Anak jati Kuala Lumpur ini yang dikenali umum dalam bidang komunikasi penyiaran.
"(Beliau) adalah graduan ljazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran (kini Fakulti Perniagaan dan Ekonomi), dan antara pendukung industri pengucapan awam negara," kata kenyataan itu, dipetik oleh agensi berita Harian Metro.
Menerusi ketokohannya itu, Aznil terpilih untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melahirkan murid-murid sekolah berketrampilan kelas pertama, selaras dengan aspirasi program Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21).
"Dengan kepercayaan itu juga, Kementerian Ekonomi turut memilih Aznil sebagai Mentor Pengucapan Awam untuk sebuah program khusus pembangunan usahawan.
"Dengan pelantikan berprestij ini pastinya akan memperkasakan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan warga kampus khususnya mahasiswa dari pelbagai cabang bidang pengkhususan," katanya lagi, lapor Harian Metro.
Pihak universiti percaya sokongan Aznil yang tidak ternilai dapat membantu mencapai hasrat melahirkan graduan lebih berani, bijak berkomunikasi, berkarisma dan serba boleh dalam berdepan cabaran dunia masa hadapan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.