Ayu Ting Ting selamat bertunang dengan anggota tentera
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Ayu Ting Ting an)
JAKARTA: Artis dangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina telah selamat bertunang dengan anggota tentera yang dikenali sebagai Muhammad Fardhana.
Tampil begitu anggun dalam busana baju kurung berona putih sedondon dengan tunangnya, Ayu sebelum ini berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka, lapor Media Hiburan.
Tidak lama menjalin hubungan, mereka mula saling mengenali sejak Januari lalu sebelum mengambil keputusan untuk terus ke fasa seterusnya.
Dalam satu temu bual bersama rakan sekerjanya di rancangan bual bicara Brownies, Ruben Onsu, pelantun lagu Sambalado ini berkongsi serba sedikit detik hubungan cinta yang terjalin itu.
Dia menjelaskan bahawa panggilannya kepada kekasihnya itu adalah Mas Dhana dan dia merupakan seorang anggota tentera berpangkat Letnan Satu dalam pasukan Tentera Negara Indonesia (TNI).
Tidak menguar-uarkan pertunangannya kepada umum, Ayu mengadakan majlis pertunangan serba sederhana yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Sebelum ini, Ayu terlebih dahulu pernah berkahwin pada 2013 sebelum bercerai setahun kemudian. Hasil daripada perhubungan itu dia memiliki seorang cahaya mata perempuan.

Sumber : Sumber Web/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.