Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ayden jerit, ronta tiap kali berpisah dengan Aliff, dedah Bella Astilah

Liputan media berhubung artis Aliff Aziz baru-baru ini kerap kali menumpukan kepada kelakuannya di tempat-tempat awam atau hubungannya dengan bekas isterinya, Bella Astilah. Namun satu individu yang penting dalam hubungan tersebut tidak begitu diberi tumpuan, iaitu Ayden Adrean, anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Ayden jerit, ronta tiap kali berpisah dengan Aliff, dedah Bella Astilah

Gambar fail Aliff Aziz di luar mahkamah selepas sah bercerai dengan Bella Astilah (Gambar: Instagram/@diariput, @bellaastilah)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 10:14PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 10:17PM

MALAYSIA: Liputan media berhubung artis Aliff Aziz baru-baru ini kerap kali menumpukan kepada kelakuannya di tempat-tempat awam atau hubungannya dengan bekas isterinya, Bella Astilah.

Namun satu individu yang penting dalam hubungan tersebut tidak begitu diberi tumpuan, iaitu Ayden Adrean, anak kedua-dua artis tersebut.

Bella baru-baru ini mendedahkan anak mereka kini semakin rapat dengan Aliff, sehinggakan budak dua tahun itu akan menjadi amat sedih setiap kali berpisah dengan bapanya.

“Orang tak tahu situasi saya, lebih-lebih lagi bila melihat Ayden menangis dengan menjerit dan meronta setiap kali berpisah dengan bapanya.

“Di lapangan terbang, Ayden akan menarik tangan Aliff dan mahu bapanya ikut kami bersama pulang ke Malaysia.

“Bukan setakat itu sahaja, dia tidak akan berhenti menangis sehingga di dalam kapal terbang,” kata pelakon wanita itu kepada laman Gempak.

Bella turut dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau berasa bersalah kerana penceraiannya dengan Aliff menyebabkan anak mereka terpaksa terpisah daripada bapanya.

“Sebagai ibu saya sebak melihat keadaan itu kerana mereka sudah rapat dan hampir setiap hari Aliff akan hubungi Ayden," kata beliau seperti dilaporkan Gempak pada Khamis (13 Feb).

“Ayden hanya anak kecil dan belum memahami apa-apa."

Menyentuh tentang hubungan antara dirinya sendiri dengan Aliff, Bella seperti membayangkan adanya perkembangan baik, namun tidak memberi perincian.

“Hubungan kami baik dan tiada masalah. Cuma mengenai status hubungan kami, saya simpan dahulu atas permintaan keluarga.

“Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan, kata beliau seperti dipetik Gempak.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 Sep 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden, yang kini berusia dua tahun.

Bagaimanapun setelah tiga tahun, pasangan itu bercerai setelah Aliff berkali-kali dilaporkan berlaku curang.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan