Ayda Jebat dinobat juara The Masked Singer M'sia musim ketiga
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Instagram/boom.malaysia)
KUALA LUMPUR: Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat, diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).
Membawakan lagu 'Titanium', nyanyian asal David Guetta menampilkan Sia, Betta Fish berjaya menewaskan empat maskot lain.
Untuk segmen kedua duet bersama artis jemputan pula, Betta Fish menyampaikan lagu berjudul 'Salam Terakhir' bersama Marsha Milan.
Ayda, atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, membawa pulang hadiah sebuah piala seperti mana mengikut format negara-negara lain, lapor Astro Gempak.
Tempat kedua pula disandang oleh Nyoq Muda yang disarungkan oleh Syamel manakala kostum Piza Panas yang dipakai oleh Han Byul menduduki tempat ketiga pertandingan tersebut.
Sementara itu, tempat keempat pula menjadi milik Dewi Angsa (Mimi Fly) dan kelima pula adalah Brokoli (Hael Husaini).
Menurut laporan Astro Gempak, setiap pemenang membawa pulang piala The Masked Singer Malaysia.
Selain Misha dan Elly, juri lain yang menggalas tanggungjawab menilai persembahan para peserta musim ini ialah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero serta Emma Maembong.
Ella Aminuddin pula merupakan juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, AC Mizal, menggalas tugas selaku hos sekali lagi.
TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer, yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Sesi rakaman TMSMY3 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC), lapor Astro Gempak.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.