Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa, kata anak M Daud Kilau

Anggaran Waktu Membaca:
Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa, kata anak M Daud Kilau

(Gambar: Perak Gazette/Facebook)

Diterbitkan : 09 Sep 2022 04:33PM Dikemas Kini : 09 Sep 2022 04:35PM
TELUK INTAN: Artis veteran, M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu (7 Sep), mula sedar dan mahu makan seperti biasa.

Anaknya, Ahmad Zaini, 51 tahun, yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, bapanya mula pulih berbanding sebelum ini.

"Datuk sudah sedar dan boleh makan, semalam dia tak boleh makan dan minum," katanya, sepeti dinukil astroAWANI.

Difahamkan sebelum ini beliau hanya diberi minum susu melalui saluran ke hidung.

Sementara itu, isteri M Daud Kilau, Rohani Awang Ngah, 62 tahun, berkata, keadaan suaminya masih lemah.

Bagaimanapun, katanya, penyanyi veteran itu sudah boleh diajak bersembang tetapi tidak lama.

"Bila saudara mara datang, dia bersembang juga, tapi tidak boleh lama-lama. Bila dia rasa penat, dia akan pejamkan mata semula dan tidur," ujarnya, lapor astroAWANI.

Penyanyi berusia 84 tahun itu sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke Hospital Teluk Intan pada tengah malam Rabu selepas mengalami sesak nafas.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan