Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awie timang anak keenam

Penyanyi, pelakon dan penerbit Malaysia Awie membuka lembaran 2021 dengan pelbagai berita gembira. Selain mengeluarkan lagu baru dan filem baru awal bulan ini, beliau kini menimang cahaya mata keenam pada Isnin petang (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Awie timang anak keenam

(Gambar: Facebook/Awie Pamalo)

Diterbitkan : 19 Jan 2021 01:57PM Dikemas Kini : 19 Jan 2021 02:03PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan penerbit Malaysia Awie membuka lembaran 2021 dengan pelbagai berita gembira. Selain mengeluarkan lagu baru dan filem baru awal bulan ini, beliau kini menimang cahaya mata keenam pada Isnin petang (18 Jan).

Perkara itu dikhabarkannya menerusi kemas kini di laman Facebook pada sekitar 11.30 malam tadi.

"Segala puji-pujian buatMu, Kau makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan ku tunggu, Syukur keduanya sihat selalu. Bahagia ku dengan kehadiran mu, menambah seri didalam Istana ku, Terima kasih oh Tuhan ku! Aku sayu!," tulisnya.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53 tahun, mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34 tahun, pada Oktober 2016.

Pada awal Januari lalu semasa sidang media filem pertama syarikatnya Rumah Produksi Merah berjudul 10 Tips Tipu Bini, Harian Metro melaporkan vokalis kumpulan Wings itu menzahirkan rasa bersyukur, gembira dan menyifatkannya mendapat rezeki berganda.

"Naskhah ini ibarat rezeki yang lahir pada Januari. Filem ditayangkan pada 7 Januari manakala, anak pada pertengahan bulan.

"Alhamdulillah, ini dua rezeki Allah beri kepada saya. Saya doa banyak-banyak moga filem ini berjaya.

"Saya tak sangka percaturan Allah sangat baik, yang mana filem ini tayang pada bulan sama bayi saya akan dilahirkan. Kalau tak bersyukur lagi, tak tahulah," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Awal tahun ini juga, Awie bersama Wings mengeluarkan video muzik pertama sejak 2014 bagi lagu baru Dubuk Liar, 'soundtrack' bagi filem 10 Tips Tipu Bini.

"Setelah kali terakhir menghasilkan video muzik pada tahun 2014, kini Wings membuka tirai 2021 dengan menampilkan muzik video terbaru yang berjudul Dubuk Liar," tulis beliau di Instagram baru-baru ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan