Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awie sumbangkan suara bagi filem Didi & Friends untuk anak

Anggaran Waktu Membaca:
Awie sumbangkan suara bagi filem Didi & Friends untuk anak

Gambar: Instagram/ Awie Official

KUALA LUMPUR: Vokalis Wings, Awie menerima tawaran menyumbangkan suara dalam filem animasi muzikal, Didi & Friends The Movie disebabkan anak-anak yang meminati siri animasi hiburan sambil belajar itu.

Kenyataan itu mengetepikan dakwaan konon Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 54 tahun, bersetuju menjayakan watak Tok Chip dalam filem itu berikutan bayaran lumayan.

"Ini bukan soal bayaran dan saya bukan orang yang begitu. Sebenarnya, saya bukanlah individu yang menonton siri animasi ini, tetapi saya buat filem ini untuk anak-anak saya.

"Kebetulan anak (bongsu) saya baru lahir, jadi ini adalah untuk mereka. Ini kali kedua saya menjayakan projek animasi sebagai pelakon suara," katanya, lapor BH Online.

Awie dikurniakan anak keenam diberi nama Putra Ahmad Andeeka pada 2021. Ketika tawaran diterima, isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 35 tahun, sedang mengandungkan Andeeka.

Awie yang ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Didi & Friends The Movie di Panggung Asia baru-baru ini, berkongsi cabaran menyiapkan filem terbabit.

"Ia bukan perkara mudah untuk menyiapkan filem ini dalam keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

"Ditambah dengan pergerakan terhad ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya perlukan surat untuk pergi merakamkan suara. Sekejap boleh keluar, sekejap tidak boleh.

"Macam-macam rintangan yang kami lalui dalam masa lebih kurang setahun untuk siapkan. Alhamdulillah, akhirnya filem ini berjaya dikeluarkan," katanya, lapor BH Online.

Berikutan itu, besar harapan Awie untuk Didi & Friends The Movie menarik perhatian ramai apabila ditayangkan pada 23 Februari nanti.

"Saya doakan filem ini 'meletup' di pawagam. Filem ini menarik bukan disebabkan barisan artis yang menjayakannya, tetapi jalan cerita yang bagus," katanya, menurut BH Online.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan