Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awie sudah bayar denda langgar SOP, kata pengurusnya

"Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda," kata pengurus Awie.

Anggaran Waktu Membaca:
Awie sudah bayar denda langgar SOP, kata pengurusnya

Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie. (Gambar: Instagram/Awie)

Diterbitkan : 10 May 2021 10:28AM Dikemas Kini : 10 May 2021 10:32AM

KUALA LUMPUR: Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie sudah membayar denda terhadap kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Malaysia baru-baru ini.

Perkara itu disahkan pengurus penyanyi legenda rock itu, Mubarak Akhtar sepertimana dilaporkan portal The Star pada Ahad (9 Mei).

"Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda," kata Mubarak, menurut laporan The Star.

Sebelum ini, satu video klip sepanjang 42 saat di media sosial memaparkan Awie bersama beberapa individu sedang menyanyi di majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Melaka tular di media sosial.

Menyusuli insiden itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Penolong Pesuruhjaya Mohd Sukri Kaman pada pagi Ahad berkata polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terlibat dalam video tersebut, lapor Astro Awani.

Tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima aduan mengenai dakwaan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di majlis itu.

Awie ketika dihubungi Astro Awani berkata dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.

"Saya akan ke Melaka esok (Isnin, 10 Mei) untuk beri keterangan di IPK Melaka, insya-Allah," katanya kepada Astro Awani semalam.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan