Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awie & Search KidDin bakal bergabung dalam konsert jelajah Rockology 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Awie & Search KidDin bakal bergabung dalam konsert jelajah Rockology 2025

Konsert itu akan menjadi satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock di Malaysia. (Gambar: @ubertickets/Instagram)

KUALA LUMPUR: Gabungan dua legenda rock Malaysia, Awie dan Search KidDin bakal menggegarkan pentas rock tanah air dengan Konsert Jelajah Rockology 2025.

Bakal berlangsung di dua lokasi utama, iaitu di Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 5 Julai depan, konsert itu akan menjadi satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock di negara itu.

Menurut Awie, beliau menerima pelawaan untuk terlibat dalam konsert berkenaan disebabkan oleh misi dan semangat yang dibawa dalam jelajah tersebut.

“Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program tanggungjawab social korporat kami, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan. 

"Ini cara kami memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh RPM Events Sdn Bhd.

Tiket boleh dibeli menerusi laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga bermula RM98 (S$29.85).
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan