Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awie masuk hospital selepas sukar bernafas

Penyanyi kugiran Wings, Awie, dilaporkan berada di hospital selepas mengadu sukar bernafas.

Anggaran Waktu Membaca:
Awie masuk hospital selepas sukar bernafas

Awie. (Gambar: Awie Official/Instagram)

Diterbitkan : 26 Dec 2018 07:26AM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 07:31AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi kugiran Wings, Awie, dilaporkan berada di hospital selepas mengadu sukar bernafas.

Menurut laporan Astro Awani, Awie sedang dirawat di hospital Ampang Puteri sejak beberapa hari lalu.

Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dipetik sebagai berkata beliau sendiri tidak tahu penyakit yang dihidapinya.

"Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafaslah.

"Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggulah sakit ni," kata pelakon terkenal Malaysia itu dalam nada lemah, semasa dihubungi oleh Astro Awani semalam (25 Dis).

Pada Isnin lalu (24 Dis), Awie memohon maaf kepara para peminatnya kerana tidak dapat mengadakan persembahan bersama Dragon Malaya menerusi satu catatan di Instagramnya.

View this post on Instagram

�� P E N G U M U M A N

A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial) on

Persembahan itu dijadual berlangsung pada 24 Disember di Tapak Pesta, Sungai Nibong di Pulau Pinang sempena Pesta Pulau Pinang.

Awie menambah bahawa para doktor sudah menasihatkan beliau supaya mendapatkan rehat yang secukupnya buat ketika ini.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan