Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Awie/Instagram)
KUALA LUMPUR: Vokalis Wings Awie tampil menjelaskan isu mengenai penglibatan kumpulannya pada sebuah konsert di negeri Kelantan, yang didakwa bertentangan dengan dasar pembangunan Islam yang dibawa oleh sebuah parti politik negeri tersebut, lapor Astro Awani.
Menurut Awie, tiada masalah sekiranya sedikit hiburan diberikan kepada rakyat negeri itu.
Malah dia turut mengingatkan agar ahli politik tidak terlalu cepat menghukum sesuatu perkara.
“Bagi saya mudah sahaja, kalau manusia itu betul-betul mahu berubah bukan setakat kepada sesuatu yang jahil, mengisi sedikit ruang untuk berhibur adalah tidak salah.
“Untuk rakyat di sana, supaya tidak pergi ke seberang (Thailand) berhibur sehingga tidak tentu arah dan memberi kesan teruk, lebih baik duduk berhibur di negeri sendiri, lagi terjaga dan terjamin.
“Jangan terlalu ekstrem menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perkara itu, bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sebelum ada perkara negatif berlaku,” katanya kepada Astro Awani.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53 tahun, berkata beliau kesal apabila penganjuran konsert tersebut dijadikan isu sehingga dikatakan punca kerosakan akhlak rakyat di negeri berkenaan.
“Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan di negeri itu... tidak boleh begitu.
“Ini sebenarnya permainan politik, jangan dengan penganjuran konsert begini dijadikan permainan politik, tidak elok.
“Sebaliknya gunakan kelebihan ahli politik yang ada untuk membantu negeri itu menjadi lebih baik, agar rakyat terjamin," jelasnya lagi kepada Astro Awani.
Sebelum ini, sebuah parti politik di Kelantan mendakwa penganjuran konsert yang diberi nama Konsert Riuh Sokmo, yang berlangsung September lalu, bertentangan dengan dasar “Membangun Bersama Islam” yang dibawa parti berkenaan.
Konsert yang dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu turut membariskan Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.