Skip to main content

Hiburan

Awie kembali gegar SG Jun ini; tiket konsert mula dijual

Anggaran Waktu Membaca:
Awie kembali gegar SG Jun ini; tiket konsert mula dijual

Poster konsert 'Aku Awie - El Divo'. (Gambar: Facebook/Awie)

SINGAPURA: Penjualan tiket bagi konsert 'Aku Awie - El Divo' sudah dibuka.

Konsert itu akan dipentaskan pada 6 Jun ini, pada pukul 8.00 malam di The Star Theatre, anjuran MSN Entertainment.

Menurut laman media sosial penganjur, konsert 'Aku Awie - El Divo' "bakal menggegarkan Singapura dengan sebuah persembahan eksklusif yang penuh dengan aura legenda".

Awal dari itu, pihak penganjur menyatakan dalam catatannya di laman Instagram bahawa perbincangan baru-baru ini di Singapura "membuka lembaran kepada sesuatu yang sangat istimewa buat seluruh peminat" Awie, yang popular dengan lagu Sejati, Tragedi Oktober dan Nur Nilam Sari.

Ia juga menyatakan konsert tersebut "bakal dipenuhi dengan pelbagai kejutan yang anda tidak jangkakan".

Tiket sudah mula dijual di laman Sistic.

Kali terakhir legenda rok itu beraksi di Singapura adalah pada Julai 2024 dalam konsert 'Awie Solitario Journey'.

Pada 2023, Awie turut menggegarkan pentas Singapura bersama kugiran Wings di The Star Theatre.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita