Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awie didakwa langgar SOP dalam majlis misi kemanusiaan

Polis Melaka akan memanggil beberapa individu termasuk selebriti yang juga penyanyi rok Ahmad Azhar Othman, atau dikenali ramai sebagai Awie bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bahagian dalam satu program misi kemanusiaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Awie didakwa langgar SOP dalam majlis misi kemanusiaan

Petikan video.

Diterbitkan : 09 May 2021 03:39PM Dikemas Kini : 09 May 2021 03:48PM

MELAKA: Polis Melaka akan memanggil beberapa individu termasuk selebriti yang juga penyanyi rok Ahmad Azhar Othman, atau dikenali ramai sebagai Awie bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bahagian dalam satu program misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur program berkenaan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No 3) 2021.

"Polis Melaka menerima satu laporan kira-kira pukul 12.43 tengah malam tadi berhubung satu klip video yang telah tular di media sosial berdurasi 42 saat memaparkan Datuk Awie dan beberapa individu lain, dilihat melanggar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa menghadiri satu majlis misi kemanusiaan di sebuah hotel.

"Justeru semua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil dalam masa terdekat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan dan siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka," katanya dalam satu kenyataan hari ini (9 Mei).

Beliau turut memohon agar individu yang terlibat atau mempunyai maklumat berkaitan persembahan itu untuk hadir bagi membantu siasatan.

Dalam video tular berkenaan, Awie dilihat menyanyi beramai-ramai dipercayai dalam satu majlis di sebuah hotel tanpa mematuhi SOP, termasuk tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakan fizikal, dan difahamkan majlis itu merupakan sebahagian daripada sebuah Program 'Misi Kemanusiaan' Jumaat lalu (7 Mei).

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan