Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awi Rafael 'tidak serik' untuk bertunang lagi

"Apa sahaja kemahuan wanita yang bakal mengisi hati saya nanti, Insha-Allah saya cuba tunaikan", ujar penyanyi popular kelahiran Singapura, Awi Rafael baru-baru ini, membayangkan beliau tidak putus harapan berhubung soal cinta meskipun baru putus tunang.

Anggaran Waktu Membaca:
Awi Rafael 'tidak serik' untuk bertunang lagi

(Gambar: Instagram/Awi Rafael)

Diterbitkan : 22 Jun 2019 09:01AM Dikemas Kini : 22 Jun 2019 09:17AM

KUALA LUMPUR: "Apa sahaja kemahuan wanita yang bakal mengisi hati saya nanti, Insya-Allah saya cuba tunaikan".

Demikian diujarkan penyanyi popular kelahiran Singapura, Awi Rafael baru-baru ini, lantas membayangkan meskipun pernah putus cinta, beliau tidak putus harapan berhubung soal cinta.

Pada Mac lalu, Awi, atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, mengumumkan bahawa beliau memutuskan pertunangannya dengan pelakon Atikah Suhaime.

Pengumuman itu amat mengejutkan, memandangkan ia dibuat hanya tiga hari sebelum pernikahan mereka sepatutnya berlangsung.

Meskipun baru tiga bulan berlalu, apabila ditanya oleh Malaysiakini semasa acara media Konsert Great Amal Fest di Damansara baru-baru ini, Awi menjelaskan beliau berani melalui fasa itu sekali lagi jika sudah ditakdirkan.

“Jika ditakdirkan saya jatuh cinta semula, saya tidak menolak untuk melalui proses bertunang sekali lagi," kata Awi seperti dinukil Malaysiakini.

“Setiap yang berlaku ada sebabnya. Saya kekal positif dan cuba menjalani hari seperti biasa."

Namun adakah ini 'clue' awal bahawa Awi sudah menemui penggantinya?

“Belum lagi dan Awi terlalu fokus untuk keluarga dengan juga kerja saya sendiri.

"Kalau ada rezeki nanti, insya-Allah urusan akan dipermudahkan,” katanya lagi.

Selain bersikap positif berkenaan masa depan 'love life', Awi nampaknya turut bersikap positif terhadap hubungannya di masa lampau juga.

Malaysiakini melaporkan, beliau selaku penganjur utama konsert Great Amal Fest yang akan berlangsung esok (23 Jun) turut menjemput bekas tunangnya Atikah.

“Saya tiada masalah berkomunikasi dengannya. Hubungan kami masih baik."

Awi menjelaskan, mereka tiada masalah untuk bekerjasama dan kini mempunyai hubungan persahabatan yang baik.

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat. Kalau masih ada jodoh antara kami, semua itu kuasa Allah,” katanya.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan