Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Awi Rafael sedia ‘berhijrah’ demi perbaiki diri, muzik

Sesuai dengan semangat mahu berhijrah, penyanyi Awi Rafael mengambil jalan sangat berhati-hati semasa kali pertama bertemu janji dengan calon suri hati, menurut laporan Malaysiakini.

Anggaran Waktu Membaca:
Awi Rafael sedia ‘berhijrah’ demi perbaiki diri, muzik

Gambar: @therealatikahsuhaime/Instagram

Diterbitkan : 23 Mar 2018 09:05AM Dikemas Kini : 23 Mar 2018 10:41AM

KUALA LUMPUR: Sesuai dengan semangat mahu berhijrah, penyanyi Awi Rafael mengambil jalan sangat berhati-hati semasa kali pertama bertemu janji dengan calon suri hati, menurut laporan Malaysiakini.

Justeru, semasa keluar dengan pelakon Atikah Suhaimie, mereka tidak berdua saja. Awi membawa ibu bersama.

Meskipun sudah lapan tahun berkenalan, hubungan Awi dan Atikah, 27, hanya mula serius sejak lima bulan lalu.

Malah, mereka hanya mengikat tali pertunangan 17 Mac lalu.

Malaysiakini melaporkan bahawa Awi yang menyifatkan 2018 sebagai tahun hijrahnya mengakui bahawa beliau sudah bersedia untuk melalui proses perubahan sama ada berbentuk peribadi mahupun dari segi muzik.

“Saya mahu berhijrah ke arah lebih baik. Sampai bila hendak rock & roll (bersuka-ria)?

“Saya rasa amat bertuah diberi peluang berjumpa Atikah dan dia pula sudi menerima kehadiran saya dalam hidupnya.

“Kami berdua juga berazam untuk berubah menjadi orang yang lebih positif,” katanya kepada Malaysiakini sambil berkongsi tentang rancangannya untuk meneruskan perkahwinan pada 15 Mac tahun depan.

Awie atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 31, ditemui pada sidang media pengumuman Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2) di Kuala Lumpur semalam (22 Mac).

Nama Awi tercalon menyertai 10 lagi peserta GGV2 dalam program itu yang dijadual dipancarkan selama tujuh minggu melalui saluran Astro Oasis bermula 31 Mac depan.

Awi berkata bahawa beliau selesa menerima tawaran menyertai program berkenaan kerana mahu mewakili golongan lebih muda untuk menyampaikan lagu berunsur Islamik versi moden.

“Saya sangat positif selepas lagu Manusia Sempurna diterima baik dan ramai peminat minta buat lebih banyak lagu seperti ini.

“Kita semakin berusia, hendak juga tunjuk kepada yang lain kalau seorang Awi boleh belajar agama, mengapa mereka tidak. Harap ramai lagi yang boleh turut serta.

“Ini inisiatif baru. Insya-Allah mungkin tahun ini saya boleh memperbaharui diri dan muzik melalui GGV2”, katanya.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan