Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Aweera ungguli konsert separuh akhir GV8; Ani Mayuni, Shidee tersingkir

Impian Ani Mayuni dan Shidee untuk melangkah ke konsert akhir pada minggu hadapan tidak kesampaian apabila mereka berdua diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 8 (GV8) minggu separuh akhir malam semalam (16 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Aweera ungguli konsert separuh akhir GV8; Ani Mayuni, Shidee tersingkir

Nikki Palikat, Aweera dan Aliff Aziz beraksi di konsert separuh akhir Gegar Vaganza 8 pada 16 Jan 2022. (Gambar: gegarvaganza.official/Instagram)

KUALA LUMPUR: Impian Ani Mayuni dan Shidee untuk melangkah ke konsert akhir pada minggu hadapan tidak kesampaian apabila mereka berdua diumumkan tersingkir dari pentas Gegar Vaganza 8 (GV8) minggu separuh akhir malam semalam (16 Jan).

Ani, yang membawa lagu Sumpah nyanyian asal Aina Abdul dan Let’s Get Loud (Jennifer Lopez), memperoleh 61 peratus markah manakala Shidee, yang tampil menyampaikan lagu medley Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Kerna Dia (Yasin Sulaiman), hanya memperoleh markah sebanyak 58.30 peratus sekali gus menjadikan mereka berada di kedudukan paling rendah.

Aweera pula tampil dengan persembahan memikat hati juri sekali gus mencuri perhatian ramai melalui lagu Kerja Gila dan Fantasia Bulan Madu (Search) dengan markah 81.30 peratus, lapor Malaysiakini.

Selain Aweera, peserta lain turut ke peringkat akhir minggu depan ialah Azan Scan, Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat dan Aliff Aziz.

Anugerah Bintang Paling Power Meow menjadi milik Aweera sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 (S$320).

Sementara itu, Aliff menjadi pemenang Anugerah Betul Betul Luar Biasa Digi dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 (S$970), manakala Suki pula merangkul Anugerah Cuckoo, menurut MalaysiaKini.

Persembahan bintang GV8 dinilai juri tetap GV8 iaitu Ramli Ms, Shafinaz Selamat serta Hetty Koes Endang serta Rosyam Nor selaku juri jemputan.

GV8 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Berikut adalah markah penuh peserta, lapor Malaysiakini:

Suki Low - 64.8 peratus
Adibah Noor - 65.2 peratus
Shidee - 58.30 peratus
Aliff Aziz - 72.20 peratus
Azan - 69.70 peratus
Ani Mayuni - 61 peratus
Aweera - 81.30 peratus
Nikki Palikat - 76 peratus

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan